Mencipta Rekod Dunia, Kucing Paling Tua Di Dunia Berusia 26 Tahun

Seekor kucing di Oregon, Washington, Amerika Syarikat bakal mencipta rekod dunia baharu apabila menjadi kucing paling tua di dunia.

Kucing jantan yang diberi nama Samm bakal mengatasi rekod pemegang kategori yang sama iaitu kucing yang berusia 24 tahun. Samm mempunyai bulu yang berwarna keperangan.

Pemiliknya yang bernama Charly Briggs dari Turner berkata, seorang rakannya mencadangkan dia agar menghubungi Guinness World Records.

Ini bagi menanyakan sama ada Samm boleh diiktiraf sebagai kucing tertua dunia pada usia 26 tahun.

“Saya bertanya dengan Guinness dan mereka beritahu rekod kucing tertua sekarang ialah 24 tahun”

“Saya macam tak percaya yang Samm lebih tua daripada rekod kucing sekarang”

“Saya kongsikan berita ini kepada rakan di media sosial dan ramai yang menyokongnya membuatkan kami tekad menghantar penyertaan,” katanya kepada KPTV.

Briggs dalam proses menghantar borang penyertaan kepada Guinness World Record dan melihatkan pada keadaan Samm yang masih sihat dan bertahan hingga ke hari ini.

Briggs menemui Samm pada tahun 2002 ketika Samm masih tinggal di jalanan Memphias Tenn. Lalu, Veterinar Samm mengesahkan yang dia berusia 26 tahun dan masih sihat usianya itu.

Briggs turut membuat akaun Tik Tok untuk Samm.

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca