Mencemarkan Nama PDRM, Seorang Sarjan Disiasat JIPS Berkenaan Video Lucah Yang Tersebar Di Media Sosial

Penularan sebuah video lucah membabitkan seorang anggota polis dan seorang wanita warga Filipina akan disiasat oleh Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) ekoran video itu dirakam ketika anggota itu masih berpakaian seragam pasukan polis.

Video yang berdurasi 2 minit 22 saat itu memaparkan seorang anggota polis berpangkat sarjan dalam lingkungan umur 50-an telah tular di media sosial sejak kelmarin.

Anggota polis tersebut bertindak memaparkan kemaluannya ketika membuat panggilan video bersama wanita terbabit.

Datuk Zamri Yahya yang merupakan Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard berkata, “Pihak kami sudah sedai maklum berhubung kejadian itu dan siasatan lanjut akan dijalankan. JIPS akan mengambil tindakan dengan menyiasat anggota polis berpangkat sarjan dan wanita terbabit kerana telah memalukan nama Polis Diraja Malaysia (PDRM).”

“Anggota polis berpangkat sarjan dan wanita terbabit akan dipanggil bersama untuk keterangan. Buat masa ini anggota tersebut masih bertugas seperti biasa,” tambah beliau.

Difahamkan, tiada lagi sebarang laporan polis dilaporkan berkenaan penularan video tersebut.

Video berpelakuan tidak senonoh itu dirakam pada Januari tahun ini di dalam sebuah pejabat kira-kira pukul enam petang.

Artikel Lain Untuk Di Baca