“Kalau tidak masuk gua harimau, bagaimana hendak dapat anaknya?”
Itu adalah pepatah Jepun yang disebut oleh Irfan Khairi yang merupakan seorang pakar motivasi. Beliau digelar ‘Jutawan Muda’ dan ‘Jutawan Internet’.
Menurut beliau, pepatah atau peribahasa itu membawa maksud, “jika kita tidak berani berkorban ataupun tidak berani mengambil risiko, kita tidak akan dapat apa-apa pun hasil ataupun kejayaan.” Namun, kita selalu memberikan alasan seperti tidak ada masa, tidak ada modal, ada kerja lain dan sebagainya.
Bahkan, lebih mudah memberikan alasan untuk tidak mahu mengorbankan sesuatu kerana tidak sanggup menanggung sebarang risiko atau takut untuk hadapinya sehingga sanggup mencari pelbagai alasan.
Oleh itu, untuk mencapai apa sahaja kejayaan, kita perlu membuang alasan jauh-jauh sebab untuk berjaya perlu adanya pengorbanan serta risiko yang perlu dilalui atau ditempuhi.
Kita perlu memandang jauh kehadapan untuk menjangkakan apa yang kita akan korbankan dan risiko yang bakal dilalui. Melalui pengorbanan ini, kita dapat bina strategi untuk melaluinya dengan penuh selamat.
Saat menghadapi kebuntuan berfikir, kita hendaklah melakukan solat sunat istikharah untuk mendapat pentunjuk dan kita perlu yakin dengan segala bantuan dan jawapan daripada Allah S.W.T.
Jadi mulai sekarang kita perlu elakkan mencari pelbagai alasan, sebab apa sahaja kejayaan pastinya ada pengorbanan dan ada risikonya.
Semoga para pembaca dapat memanfaatkan segala maklumat yang diberikan.
Jangan lupa ikuti Lejen Press di Telegram. Segala informasi menarik menanti anda.
Sumber: Irfan Khairi