Anugerah Juara Lagu (AJL) merupakan sebuah rancangan pertandingan yang diterbitkan oleh TV3 yang membariskan lagu-lagu terbaik yang akan dipilih oleh juri profesional untuk dinobatkan sebagai juara.
Jom kita imbas kembali juara AJL dari tahun 1986 hingga 2017.
1986 – Sekadar di pinggiran, Francissca Peter
1987 – Menaruh Harapan, Zaiton Sameon
1988 – Kau Kunci Cintaku Dalam Hatimu, Ramlah Ram
1989 – Isabella, Search
1990 – Janji Manismu, Aishah
1991 – Takdir dan Waktu, Mega
1992 – Pada Syurga di Wajahmu, Nash
1993 – Teratai Layu di Tasik Madu, Fauziah Latiff
1994 – Tanya Sama Itu Hud-Hud, M.Nasir
1995 – Cinta Beralih Arah, Aishah
1996 – Jerat Percintaan, Siti Nurhaliza
1997 – Ghazal Untuk Rabiah, M.Nasir dan Jamal Abdillah
1998 – Cindai, Siti Nurhaliza
1999 – Andalusia, M.Nasir
2000 – Balqis, Siti Nurhaliza
2001 – Mimpi Laila, Yasin Sulaiman
2002 – Keliru, Ajai dan Nurul
2003 – Bunga-bunga Cinta, Misha Omar
2004 – Relaku Pujuk, Spider
2005 – Gemilang, Jaclyn Victor
2006 – Terlalu Istimewa, Adibah Noor
2007 – Itu Kamu, Estranged
2008 – Lagu Untukmu, Meet Uncle Hussain
2009 – Pergi, Aizat Amdan
2010 – Tolong Ingatkan Aku, Ana Raffali
2011 – Awan Nano, Hafiz Suip
2012 – Terukir Di Bintang, Yuna
2013 – Bahagiamu Deritaku, Hafiz Suip
2014 – Apa Khabar, Joe Flizzow dan Sonaone
2015 – Potret, Akim Ahmad dan The Majistret
2016 – Lelaki Teragung, Dayang Nurfaizah
2017 – Jampi, Hael Husaini
Fakta Menarik AJL
1. Kumpulan Search merupakan kugiran yang pertama menjuarai AJL pada tahun 1989.
2. Siti Nurhaliza merupakan penyanyi paling muda pernah memenangi anugerah utama iaitu pada usia 17 tahun. Beliau juga pernah menjuarai AJL sebanyak 3 kali.
3. M.Nasir merupakan komposer yang paling banyak memenangi trofi AJL iaitu sebanyak empat (4) kali.
4. Apa Khabar oleh Joe Flizzow dan Sonaone merupakan lagu bergenre Hip Hop pertama menjuarai AJL pada tahun 2014.
5. Sepanjang 1986 hingga 2017, lagu bergenre balada mendominasi kejuaraan AJL.
6. Aizat Amdan merupakan satu-satunya penyanyi yang menggantikan Yuna dengan menyanyikan lagu Terukir Di Bintang yang berjaya memenangi anugerah utama pada tahun 2012.
7. Kemenangan kumpulan Meet Uncle Hussain membuktikan muzik underground Malaysia turut diiktiraf.
8. Ana Raffali merupakan penulis lirik paling muda memenangi anugerah utama iaitu pada usia 24 tahun.
Artikel akan datang kami akan kongsikan tentang pemenang persembahan terbaik dari tahun 1986 hingga 2016, nantikan ok?
Sumber: TV3 Malaysia Official