Menara Kuala Lumpur Bertukar Merah Jambu Hingga 31 Mac Ini

Menara ikonik bandaraya kosmopolitan di Kuala Lumpur yang dikenali sebagai Menara KL akan bertukar warna ke merah jambu hingga 31 Mac ini! Tapi pasti ramai yang tertanya-tanya, kenapa tiba-tiba sahaja ia bertukar menjadi warna merah jambu?

Pertukaran warna tersebut dikhabarkan sempena sambutan ulang tahun Barbie yang ke-60 tahun. Bukan main lagi, Barbie pun sambut ulang tahun! Sambutan ini disambut di seluruh dunia sejak awal bulan Mac lagi.

Antara bangunan ikonik lain yang turut sama bertukar warna sempena sambutan ini termasuklah Manila City Hall di Filipina, Muzium Fatahillah di Indonesia, Singapore Flyer di Singapura dan juga EmQuartier di Thailand. Kesemua bangunan ini bersimbahkan cahaya merah jambu yang menjadi tarikan utama pengunjung.

Bersempena dengan ulang tahun kelahiran ini, Barbie telah memperkenalkan satu slogan iaitu ‘You Can Be Anything’. Slogan ini ditujukan kepada semua orang khasnya remaja perempuan. Ia membawa maksud semua orang boleh menjadi apa sahaja yang dia inginkan.

Terdapat sebanyak 60 patung permainan Barbie yang bertemakan kostum pekerjaan mula dijual secara eksklusif. Antara yang paling menarik perhatian adalah kostum pemain bola sepak dan juga angkasawan. Pengenalan kostum ini selari dengan slogan tadi di mana setiap orang boleh mejadi apa sahaja yang mereka inginkan dalam mencapai cita-cita mereka selama ini dengan berbekalkan minat dan usaha.

Buat peminat-peminat Barbie di luar sana, jangan lepaskan peluang anda untuk menyerikan lagi sambutan ulang tahun kelahiran Barbie ini dengan berkunjung ke Menara KL dan mengambil gambar berlatarbelakangkan Menara KL. Pasti feed Instagram anda makin cantik nanti!

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca