Menangis Kongsi Perjalanan Hidup, Perkongsian Wawa Zainal Ini Buat Warganet Sebak

Sebuah klip video menjadi bualan ramai baru-baru ini apabila ia memaparkan aktres dan usahawan terkenal Wawa Zainal berkongsi tentang kisah jatuh bangun tersendiri dalam kehidupannya untuk mengubah nasib diri dan keluarga.

Pelakon Sabda Kekasih itu berkongsi bahawa dia mempunyai 23 orang adik-beradik dan keluarganya sangat susah ketika dia membesar. Disebabkan kehidupan mereka sangat susah, dua ataupun tiga orang adik-beradik Wawa akan berkongsi sebutir telur.

Sumber: Instagram @w4w4_zainal

“Saya bukan daripada golongan keluarga yang berada ataupun sederhana tetapi keluarga saya sangat susah. Saya ada 23 orang adik-beradik dan hidup saya memang sangat susah.

Jika dapat makan lauk ayam, ia dianggap sebagai sesuatu yang sangat istimewa untuk keluarga kami. Ada kalanya dua atau tiga orang akan berkongsi sebutir telur,” ujarnya.

Menerusi tinjauan kami di TikTok, perkongsian itu telah berjaya meraih perhatian orang ramai dan rata-rata warganet berasa sebak mendengar kisah kesukaran Wawa satu ketika dahulu.

Sumber: TikTok @ril_glamrs

Orang ramai juga memuji Wawa kerana tidak pernah lupa asal usulnya dan dia kini memiliki kejayaan kerana niatnya mahu membantu keluarga.

Sumber: Instagram @w4w4_zainal

Wawa mengikat tali perkahwinan bersama aktor Aeril Zafrel pada tahun 2013 dan pasangan iru mempunyai empat cahaya mata.

Untuk baca artikel-artikel berkaitan industri hiburan tanah air, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Artikel Lain Untuk Di Baca