Menamatkan Zaman Bujang, Pasangan Badak Air Selamat Disatukan

pasangan
Menamatkan Zaman Bujang, Pasangan Badak Air Selamat Disatukan
Sumber: Berita Harian

Hippo Kingdom di Lost World of Tambun (LWOT) telah meraikan sebuah acara ‘perkahwinan’ berkonsepkan adat Melayu tradisional buat pasangan badak air, iaitu Jiwang dan Juwita.

Juwita berusia 21 tahun dengan berat 1.4 tan dan pasangannya, Jiwang berusia 10 tahun seberat satu tan. Kemeriahan penyatuan dua jiwa pasangan mamalia itu turut diraikan dengan kehadiran kira-kira 100 hadirin.

Kedua-dua ‘mempelai’ dibawa masuk diiringi paluan kompang, bunga manggar serta beberapa dulang hantaran. Tidak lupa juga dengan acara makan beradab membuatkan upacara itu disambut secara ringkas.

Ketika upacara itu berlangsung, si Jiwang mencicit keluar secara tiba-tiba sebaik sahaja si Juwita muncul dari pintu masuk dari arah yang berlainan. Kemudiannya, kedua-dua pasangan itu bertemu lalu menuju ke dalam kolam

Buat tetamu yang turut sama meraikan ‘perkahwinan’ ini perlu mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan dan juga diberikan ‘doorgift’ iaitu ‘bunga telur’.

Disajikan dengan pelbagai jenis hidangan lauk kenduri kahwin antaranya nasi minyak, kari kambing, udang goreng berempah, ayam masak merah, ikan percik, acar rampai, air selasih dan teh tarik.

Nurul Nuzairi Mohd Azahari merupakan Pengurus Besar Lost World Of Tambun (LWOT) berkata bahawa, pihaknya telah bertungkus-lumus melakukan pelbagai persiapan kerana acara ‘perkahwinan’ itu bukanlah perkara yang mudah.Persiapan untuk upacara ini dirancang sejak November tahun lalu lagi, jadi memerlukan tempoh masa yang lama agar dapat berjalan dengan lancar.

“Kami perlu mendapatkan eksibit dari Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Perak bagi membolehkan kedua-duanya dapat tinggal bersama dalam satu kandang. Badak air merupakan haiwan yang sangat agresi dan bahaya di Afrika,” ujarnya.

“Sejak Juwita dibawa ke LWOT lima tahun lalu, kami juga melakukan pencarian buat pasangan yang secocok dengannya. Mencari pasangan Juwita bukanlah sesuatu yang mudah kerana badak air jantan tidak boleh daripada genetik yang sama,” tambahnya.

“Ia boleh menyebabkan bakal badak air yang dilahirkan cacat atau tidak boleh hidup dalam tempoh yang dan itu sangat membimbangkan daripada pihak kami semua,” katanya pada sidang media selepas upacara berkenaan.

Sebelum ini, Juwita berada di Gaborone, Bostwana, Afrika. Juwita dibawa berhijrah ke sini pada tahun 2001 dan kini digelar puteri badak air di LWOT.

Jiwang pula baru sahaja dibawa dari Pahang sejak tiga bulan yang lalu dan merupakan sejenis ‘alpha hippo’. Kehadiran Jiwang dapat mengubat kesunyian dan ‘kisah cinta’ Juwita selama ini bagi mencari pasangan untuk berkongsi perasaan, hiburan dan makanan.

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca