“Menakutkan Ke? Tak Pun,” Lelaki Ini Kongsikan Pengalamannya Dikuarantin Di MAEPS Serdang

Baru-baru ini, kes Covid-19 meningkat naik dan membuatkan ramai warganet bimbang akan keadaan sesak di pusat-pusat kuarantin.

Walau bagaimanapun, perkongsian Afifie Chan yang kuarantin di MAEPS Serdang sejak 7 Januari 2021 mampu membuktikan kenyataan itu tidak benar.

Dalam perkongsian warganet itu di Twitter semalam, Afifie memaparkan bahawa pusat kuarantin yang didiami beliau selesa dan bersih.

Sumber: Twitter @AfifieChan

Turut dimuat naik dengan beberapa liputan video di sana, Afifie juga menyatakan yang semua pesakit yang kuarantin di sana diurus dengan baik.

“Makanan disediakan kepada pesakit adalah sebanyak 3 kali sehari dan rasanya juga sedap,”katanya.

Sumber: Twitter @AfifieChan

Selain itu, beliau juga menunjukkan yang kehidupan di pusat kuarantin tidaklah seteruk yang ramai sangkakan.

Afifie turut kongsikan fasiliti di pusat kuarantin tersebut sangat strategik, di mana ia terdapat 6 buah tandas yang mempunyai enam kubikel di dalam. Keadaan tandas di sana juga dalam keadaan bersih.

Sumber: Twitter @AfifieChan

Staf yang bertugas di sana turut menyuntikkan sedikit keceriaan dalam dalam harian penduduk kuarantin di MAEPS Serdang. Beliau juga menunjukkan keadaan sejuk berada di dewan tersebut, di mana penghawa dingin di situ dibuka 24 jam.

Afifie juga kongsikan bahawa aktiviti harian di sana tidak sebosan yang ramai anggarkan. Boleh bersosial bersama pesakit yang lain, main game dengan mereka dan menonton Netflix.

Sumber: Twitter @AfifieChan

Terdapat juga soalan yang diajukan kepada warganet tersebut. “Dekat MAEPS tu semua confirmed positive ke? Katil macam rapat-rapat je. N sharing facilities.”

Afifie menyatakan yang semua pesakit tergolong dalam keadaan positif, tiada simptom dan berisiko rendah. Golongan tersebut tidak boleh dijangkiti dan menjangkiti sesama sendiri, jadi ia tidak menjadi masalah untuk berkongsi fasiliti.

Sumber: Twitter @AfifieChan

“Bila ada orang baru masuk, pintu ni akan dibuka dan sound effect mantap. Macam dalam movie. Saya panggil ni pintu Maze Runner.”tambah beliau lagi.

Sumber: Twitter @AfifieChan

Sorakan juga diberi oleh pesakit di sana bagi memberi semangat pada yang baru masuk supaya mereka tidak rasa takut.

Beliau mengharap dapat menyebarkan kebaikan dan membetulkan spekulasi orang ramai terhadap pusat kuarantin di Malaysia.

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca