Menakjubkan! Bayi Ini Selamat Lahir Dari Rahim Penderma Yang Telah Meninggal Dunia

Seorang wanita yang mendapat rahim daripada seorang penderma yang sudah meninggal dunia telah selamat melahirkan anak. Ini merupakan kes kelahiran bayi dari rahim penderma yang telah meninggal pertama di Amerika Syarikat.

Bayi perempuan itu dilahirkan menerusi kaedah pembedahan di sebuah klinik di Cleveland, Ohion pada bulan Jun yang lepas.

Pada hujung tahun 2017, pakar bedah telah memindahkan rahim daripada penderma yang sudah tidak bernyawa ke dalam badan ibu bayi tersebut. Wanita yang berusia awal 30-an itu berjaya hamil menerusi kaedah IVF pada hujung tahun 2018.

Menurut pakar trabsplan iaitu Dr Andreas Tzakis, bayi tersebut dilahirkan tanpa sebarang komplikasi. Dia juga berpendapat bahawa ia merupakan proses kelahiran yang sangat luar biasa.

“Kami sangat berterima kasih kepada penderma dan keluarganya kerana merealisasikan impian pesakit untuk memiliki anak,” katanya.

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca