Menahan Diri Daripada Beli Bubble Tea, Gadis Ini Akhirnya Melancong Ke Luar Negara

Minuman bubble tea sudah tidak asing lagi dalam kalangan masyarakat hari ini. Walaupun harga minuman ini agak mahal, namun kelazatan daripada pelbagai aneka rasa yang ditawarkan semestinya menggamit perasaan sesiapa sahaja yang pernah mencubanya.

Baru-baru ini, seorang gadis telah memuat naik posting menerusi akaun Facebooknya mengenai jumlah kos pembelian minuman bubble tea selama empat bulan bermula dari Januari hingga April. Apa yang memeranjatkan adalah jumlah kos pembelian minuman tersebut setanding dengan harga tiket percutian ke Thailand.

Menurut laporan China Press, gadis tersebut dikatakan mula ketagih dengan minuman tersebut dek rasanya yang begitu lazat. Disebabkan terlalu menggemari air ini, gadis berkenaan sering membeli minuman itu di setiap kedai yang menawarkan produk berkenaan.

Jelasnya lagi, dia yang terlalu bangga dengan jenama minuman berkenaan akan sentiasa berusaha untuk menjadi pelanggan pertama merasai setiap produk baharu keluaran bubble tea.

Lebih menggembirakan dirinya adalah apabila ramai di antara rakan-rakannya yang bertanya sama ada dia telah mencuba atau belum keluaran minuman bubble tea yang baharu.

Walau bagaimanapun, kegilaannya terhadap bubble tea semakin pudar selepas rakan kepada gadis itu menunjukkan jumlah perbelanjaannya sepanjang pembelian air tersebut selama empat bulan yang dimuat naik menerusi laman media sosial. Rakan kepada gadis itu memaklumkan bahawa keseluruhan jumlah mampu membawanya melancong ke luar negara.

Selepas perbualan tersebut, gadis ini mula mencatatkan pengiraan bagi jumlah keseluruhan pembelian bubble tea di akaun Facebooknya seperti berikut:

Januari hingga April bersamaan dengan 4 bulan

1 minggu x 2 cawan = 8 cawan dalam sebulan

4 bulan x 8 cawan = 32 cawan

32 cawan x RM12 sehingga RM15 = RM384 hingga RM480

Ini bermakna, kos bagi pembelian bubble tea selama empat bulan yang dibelanjakan oleh gadis tersebut berjumlah antara RM384 hingga RM480.

Kini, gadis tersebut dikhabarkan telah berhenti daripada menjadi pelanggan tetap bagi produk minuman bubble tea pada bulan Jun yang lalu untuk merealisasikan impiannya melancong ke negara Taiwan.

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca