Mempunyai Paras Rupa Yang Cantik, Ini 15 Karakter Individu Yang Lahir Pada Bulan Mei

Masuk sahaja bulan baru, mesti ada segelintir yang mengatakan bahawa cepatnya masa berlalu. Seolah-olah baru semalam kita menyambut tahun baru, tahu-tahu sudah masuk bulan Mei. Tapi, bagi mereka yang menyambut kelahiran pada bulan tersebut, mulalah berasa teruja. Mana tidaknya, pasti banyak hadiah yang sedang menanti, lagi-lagi daripada orang yang tersayang.

Jika ada di antara anda semua yang mengenali sesiapa yang lahir pada bulan Mei, atau mungkin anda sendiri yang meyambut kelahiran pada bulan ini, agak-agak macam mana personaliti mereka yang berbintang Taurus ini? Sebelum ini, kami pernah kongsikan 15 karakter mereka yang lahir pada bulan Mac dan April. Kali ini, kami kongsikan pula 15 karakter mereka yang lahir pada bulan Mei menurut kajian daripada Dato’ Dr. Fadzilah Kamsah:

1. Seorang yang sangat degil.

2. Mempunyai semangat yang tinggi dalam melakukan sesuatu perkara.

3. Mempunyai pemikiran yang sangat tajam.

4. Orangnya sangat cepat marah.

5. Pandai menarik hati dan perhatian orang.

6. Mempunyai paras rupa yang sangat cantik.

7. Seorang yang tetap pendirian tetapi pada masa yang sama, senang untuk dipengaruhi oleh orang lain.

8. Mudah dipujuk.

9. Bersikap sistematik.

10. Seorang yang suka berangan.

11. Agak boros orangnya.

12. Sangat rajin.

13. Seorang yang tidak boleh duduk diam.

14. Gemar keluar dan tidak berapa suka duduk di rumah.

15. Seorang yang pandai berdebat.

Walau bagaimanapun, karakter-karakter ini hanyalah berdasarkan kajian dan pemerhatian sekeliling sahaja. Mungkin tidak 100% sama tetapi ada juga yang seakan sama dengan personaliti mereka yang lahir pada bulan Mei ini. Jadi, ada tak karakter-karakter di atas yang mencerminkan peribadi anda semua wahai May babies?

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca