Memiliki Senjata Sarat Peluru, 2 Penjenayah Ini Sempat Manjakan Diri Di Spa

Pihak polis Cheshire, England telah menyiarkan sebuah rakaman CCTV yang menunjukkan Kane Birch dan Macauley Peacock sebelum mereka ditahan polis.

Dalam rakaman itu, dua penjenayah tersebut memakai pakaian renang untuk turun ke kolam air panas. Menurut laporan Manchester Evening News, Kane dan Macauley sememangnya tahu bahawa mereka berada dalam buruan polis.

Pihak polis telah menemui sebuah senjata sarat peluru, kunci kepada sebuah kereta Audi yang dicuri dan sebuah telefon bimbit di dalam bilik tersebut.

Orang ketiga iaitu Dean Murphy turut ditahan polis apabila dia sedang tidur di dalam sebuah bilik dalam hotel yang sama.

Kane dikehendaki kerana menjadi sebahagian daripada aktiviti perisikan. Untuk itu, dia telah dipenjara selama empat tahun atas kesalahan konspirasi membekalkan dadah pada September lalu.

Kane Birch. Sumber: Cheshire Police

Menurut polis, Kane mempunyai peranan penting dalam membekalkan dadah ke Macclesfield dari Manchester.

Selain itu, Macauley mengaku bersalah atas tuduhan memiliki senjata api. Pada Isnin lalu, Mahkamah Mahkota Chester telah menjatuhkan hukuman terhadapnya atas tuduhan memulakan kebakaran dengan niat untuk membahayakan nyawa orang lain.

Macauley menerima hukuman penjara selama 14 tahun atas kesalahan memiliki senjata api dan memulakan kebakaran. Macauley juga ditemui dengan wang tunai berjumlah £800 (RM4,280), seutas jam tangan Rolex palsu dan kunci kereta Volkswagen Golf berwarna hitam yang telah dicuri dan diparkir di tempat letak kereta hotel tersebut.

Sumber: Macauley Peacock

Dean pula menerima hukuman penjara selama lapan tahun atas kesalahan memiliki senjata api dan tuduhan dadah.

Sumber: Dean Murphy

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca