Memiliki 150 Kerjaya, Ini 11 Perkara Yang Anda Tak Sangka Tentang Barbie

Walaupun sudah berusia 60 tahun, Barbie kelihatan masih muda dan jelita tanpa perlu memakai krim anti-penuaan.

Selain itu, anak patung ikonik ini turut penuh dengan kejutan. Antaranya adalah:

1. `Barbie’ merupakan panggilan manja

Nama sebenarnya adalah Barbara Milicent Roberts yang diberi sempena nama anak perempuan pengasasnya, Ruth dan Elliot Handler.

2. Patung dari Switzerland menjadi inspirasi penciptaan Barbie

Ruth Handler mendapat idea untuk mencipta Barbie setelah melihat patung ‘Bild lili’ di Switzerland dan melihat anak perempuannya suka bermain anak patung yang bercirikan wanita dewasa berbanding patung bayi.

3. Baju pertama Barbie bukan berwarna pink

Anak patung ini memakai bikini berjalur hitam putih dan dijual dengan harga tiga dolar pada awal kemunculannya di pasaran.

4. Ada boyfriend, putus dan tahu rebound

Barbie memiliki teman lelaki bernama Ken (juga sempena nama anak lelaki pengasasnya) dan mereka putus hubungan setelah 43 tahun bersama.

Kemudian, Barbie menjalinkan hubungan dengan Blaine, seorang peluncur ombak dari Australia selama 2 tahun sebelum kembali semula kepada Ken.

Boleh tahan nakal juga ya Barbie ini.

5. Banyak masa dan duit yang perlu dilaburkan untuk menjadi seorang Barbie

Banyak media melaporkan yang terdapat segelintir wanita sanggup menjalani pembedahan plastik demi kelihatan seperti Barbie.

Salah seorang wanita terbabit adalah Rachel Evans, 48 tahun yang berhabis duit sebanyak £32,000 (RM 165,047.85) demi melakukan 150 pembedahan selama 13 tahun untuk menjadi ‘Manusia Barbie’.

6. Memiliki resume yang mengagumkan dengan beratus pengalaman kerja

Barbie memiliki lebih kurang 150 kerjaya termasuk wartawan, vlogger dan instafamous. Selain itu, dia menjadi angkasawan dan tiga kali mendarat di bulan iaitu pada tahun 1965, 1986 dan 1994.

7. Bilangan Barbie yang terjual setiap tahun menandingi jumlah kelahiran bayi

Menurut portal Mashable, tiga anak patung Barbie terjual pada setiap saat di seluruh dunia di mana 24 kali ganda purata 4 juta bayi yang lahir setiap tahun di Amerika.

8. Barbie tidak dialu-alukan di Arab Saudi

Kerana Barbie digambarkan sebagai alat permainan Yahudi, dengan pakaian yang terdedah sana-sini dan menjadi simbol seks di negara Barat.

9. Kita mungkin belum cukup menjadi peminat Barbie sejati kerana ada yang lebih tegar mengumpulnya

Seorang wanita dari Jerman bernama Bettina Dorfman memegang Rekod Dunia Guiness untuk koleksi Barbie terbanyak di dunia.

Dia telah mengumpul 15,000 jenis patung Barbie sejak tahun 1993.

10. Banyak ‘kabel’ besar dalam industri fesyen

Koleksi pakaian Barbie direka oleh Gucci, Versace, Vera Wang, Dolce & Gabana dan Givenchy. Lebih 100 juta fabrik digunakan untuk membuat pakaiannya.

Selain itu, lebih satu billion pasang kasut direka khas untuk Barbie.

11. Barbie Hijabista Pertama Di Dunia

View this post on Instagram

#Pastel 🌸

A post shared by Mini Hijab Fashion! (@hijarbie) on

Haneefah Adam, 24 tahun dari Nigeria telah memakaikan pakaian Muslimah kepada Barbie. Menerusi akaun Instagram @hijarbie, banyak paparan menarik tentang koleksi baju dan tudung Barbie yang cantik dan ‘chic’. Kebanyakan fesyen itu diinspirasikan daripada blogger fesyen Muslimah popular.

“I want [girls] to be inspired—this is about having an alternative and creating an awareness of having toys that adopts your religion and culture and in your own likeness, which at the end of the day, leads to an improvement in self-esteem.” katanya kepada Wowamazing dalam satu temu bual.

Haneefah berharap agar usahanya ini meninggalkan impak yang positif.

 

Artikel Lain Untuk Di Baca