Memilih Patung Barbie Sebagai Isteri, Ini 5 Individu Yang Berkahwin Dengan Objek Pelik

Perkhawinan merupakan satu benda yang diimpikan oleh semua individu untuk mengeratkan ikatan kasih sayang dan bagi mendapatkan zuriat sendiri. Namun begitu, tahukah anda bahawa terdapat 5 individu yang menghawini benda kesayangan mereka kerana bagi mereka, menyayangi seseorang sama dengan menyayangi benda.

Berikut kami kongsikan 5 individu yang memilih untuk berkahwin dengan objek:

1. Linda Ducharme

Kisah seorang wanita yang berasal dari Amerika syarikat dipaparkan oleh rancangan televisyen di mana beliau mengahwini sebuah Ferris wheel. Linda sangat gemar menaiki permainan tersebut dan memutuskan untuk membeli permainan itu pada tahun 1986 yang mana pada waktu itu, alat permainan tersebut telah rosak.

Linda menghabiskan wang sebanyak $100 (RM413) untuk membelinya dan pada tahun 2013, beliau memutuskan untuk menghawini Ferris wheel itu dan menamakannya ‘Brush’.

2. Zheng Jianjia

Ini merupakan kisah seorang lelaki yang berasal dari China di mana beliau merupakan seorang jurutera elektronik. Ketika berusia 31 tahun, Zheng telah bersedia untuk berkahwin.

Namun begitu, disebabkan tidak menemui calon yang sesuai dan undang –undang keluarga yang ketat di negaranya, Zheng mengambil keputusan untuk mencipta sebuah robot perempuan yang bernama Ying-Ying dan memilih untuk mengahwini robot tersebut pada tahun 2016. Zheng berjanji kepada isterinya bahawa dia akan memberikan kebolehan memasak dan sebagainya kerana pada waktu itu, Ying-Ying hanya boleh berkomunikasi dan melihat gambar sahaja.

3. Chang Hsi Hsum

Chang His Hsum merupakan seorang duda apabila kehilangan isterinya. Isterinya meninggal kerana bunuh diri akibat perkhawinan mereka tidak direstui oleh keluarga. Selepas 20 tahun kematian isterinya itu, Chang mengambil keputusan untuk berkahwin lagi.

Namun begitu, memikirkan roh isterinya yang telah mati, Chang mengambil langkah untuk berkhawin dengan patung Barbie. Dia menghiasi patung Barbie itu dengan pakaian dan barang kemas isterinya yang telah meninggal dunia.

4. Richan Tones

Seorang lelaki yang menggemarkan keindahan alam sekitar telah mengambil keputusan untuk menghawini pokok pada tahun 2013. Richan berbuat demikian bagi mewujudkan kesedaran mengenai alam sekitar. Upacara perkahwinan Chan dan pokok tersebut dilakukan seperti orang biasa di mana terdapat akad nikah dan sarung cincin.

5. Sal 9000

Individu yang berasal dari Jepun ini telah mengambil keputusan untuk menghawini satu permainan video di mana Sal 9000 telah menjalankan hubungan cinta dengan watak dalam permainan video tersebut. Perkenalan selama 3 bulan itu kemudian telah berakhir dengan gerbang perkahwinan.

Perkahwinan tersebut berlangsung pada tahun 2009 semasa Sal 9000 berumur 25 tahun. Baginya, mengahwini watak dalam permainan video lebih baik berbanding dengan wanita sebenar kerana watak tersebut tidak pernah marah dan senang untuk dipujuk.

Penulis

  • Siti Khatijah Fauzi adalah pelajar Fakulti Filem, Teater dan Animasi.
  • Dr. Mohd Syuhaidi Abu Bakar adalah Pensyarah Kanan, Fakulti Filem, Teater dan Animasi.
Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca