Membuat Gaya Rambut ‘Man Bun’ Menyebabkan Rambut Gugur? Ini 4 Sebab Kenapa Lelaki Cepat Botak

Anda kenal Vin Diesel, Jason Statham atau Dwayne Johnson? Ketiga-tiga mereka merupakan pelakon Hollywood yang terkenal kerana mereka botak. Mereka kelihatan bergaya dengan gaya botak mereka tapi tahukah anda bukan semua orang nampak segak dan bergaya dengan gaya botak. Kebanyakan lelaki di dunia menyayangi rambut mereka seperti nyawa mereka sendiri.

Berikut kami kongsikan 4 sebab kenapa lelaki cepat botak:

1. Memakai topi yang ketat

Memakai topi yang ketat menyebabkan keguguran rambut. Tidak dinafikan bahawa memakai topi membuatkan anda nampak lebih bergaya dan berketerampilan dan dapat menutup rambut anda yang botak. Memakai topi yang ketat membuatkan rambut anda gugur secara berkala apatah lagi apabila terlalu lama.

2. Membuat gaya rambut ‘man bun

Membuat gaya rambut ini menyebabkan keguguran rambut yang serius. Man bun selalu dibuat oleh lelaki yang berambut panjang. Menurut kajian, man bun membuatkan keguguran yang teruk kerana tekanan yang kuat diletakkan kepada akar rambut semasa mengikat rambut.

3. Kurang pengambilan vitamin C dan zat besi

Kekurangan zat besi dalam badan menyebabkan sel-sel darah merah dalam badan tidak dapat berfungsi dengan normal dan menyebabkan keguguran rambut yang banyak. Sel darah merah amat penting kepada tubuh badan kerana ia membawa oksigen ke seluruh badan bagi mengekalkan fungsi badan manusia.

4. Penggunaan produk penggayaan rambut yang berlebihan

Produk-produk penggayaan rambut memiliki kadar kimia yang tinggi. Pengumpulan bahan kimia secara perlahan-lahan di rambut membuatkan rambut gugur kerana terjejas dengan kadar kimia di kepala kita.

Jadi, sayangilah dan peliharalah rambut anda. Jika anda yakin botak mampu membuatkan anda kelihatan seperti Dwayne Johnson maka anda perlu teruskan usaha anda.

Penulis

  • Muhammad Mikhail Azmi adalah pelajar Fakulti Filem, Teater dan Animasi.
  • Dr. Mohd Syuhaidi Abu Bakar adalah Pensyarah Kanan, Fakulti Filem, Teater dan Animasi.
Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca