Membelai Kucing Dapat Mengurangkan Stres

Sebut sahaja kucing pasti kita akan terus terbayang pelbagai aksi comel yang sentiasa menghiburkan kita. Malah kucing juga menjadi antara binatang paling popular di laman media sosial.

Terdapat kelebihan dan manfaat yang tak disangka dapat diperolehi oleh seseorang yang mempunyai kucing dalam hidup mereka.

Membantu Menghilangkan Stres

Bayangkan hari yang sangat sibuk dan padat dengan tugasan sehinggakan rasa sangat stres. Namun bila pulang ke rumah kita disambut ceria oleh kucing yang datang dengan manja dan minta dibelai. Mempunyai kucing memberikan impak cukup besar kepada cara pemikiran pemiliknya. Menurut saintis, jika kita menghabiskan masa selama 15-30 minit sehari bersama kucing, minda akan lebih tenang dan positif. Apabila bersama kucing kadar serotonin (bahan kimia dalam otak) meningkat dan merendahkan kadar cortisol. Secara ringkasnya ia memberi rasa yang lebih baik.

Memberi Kesihatan Yang Baik

Percaya atau tidak menjadi seorang pemilik kucing boleh memberikan banyak manfaat kesihatan. Terdapat banyak manfaat yang boleh disebut tetapi salah satu daripadanya ialah merendahkan risiko untuk berdepan dengan serangan jantung dan meningkatkan sistem imunisasi badan.

Bantu Pulih Daripada Trauma

Terdapat pelbagai kajian tentang manfaat yang diberikan oleh kucing terhadap individu yang menderita masalah trauma. Sebagai contoh ramai tentera yang berdepan dengan post traumatic stress disorder atau PTSD merasa lebih tenang bila mereka diperkenalkan dengan kucing. Ini terutamanya buat seseorang yang mempunyai masalah untuk percaya kepada orang lain. Kehadiran kucing dapat membantu mereka mengatasi masalah trauma dengan memberikan tumpuan dan kasih sayang kepada kucing.

Jadi, kepada mereka yang takut kepada kucing ketahuilah manfaat yang bakal anda perolehi apabila anda menyayangi kucing.

Artikel Lain Untuk Di Baca