Membantu Tuan Raih Pendapatan, Awang Si Kerbau Menjinak 10 Kerbau Liar

Awang, seekor kerbau yang masih berusia dua tahun, mempunyai kelebihan tersendiri apabila dia digunakan untuk menjinakkan kerbau-kerbau liar di hutan oleh tuannya.

Menurut tuannya, Muhammad Zulfaqar Aiman Kamarulzaman, 18, kerbau istimewanya itu telah membantunya menjinakkan 10 ekor kerbau liar sejak ia mula berkhidmat tujuh bulan yang lalu. Setiap kali ke tengah hutan untuk menangkap kerbau-kerbau liar, Awang si kerbau itu tidak pernah mengecewakan.

Awang membantu tuannya menjinakkan kerbau-kerbau liar. Sumber: Melaysiakini

Johor dan Negeri Sembilan ialah antara negeri dia pernah pergi untuk menawarkan khidmat penangkapan kerbaunya. Tambahnya, kebolehan Awang itu juga membolehkan dirinya meraih pendapatan sehingga RM300 hingga RM500 bagi setiap ekor kerbau yang dijinakkan.

“Ayah saya membeli Awang daripada seorang penternak di Manir, Kuala Terengganu pada harga RM3,500 dan selepas dilatih selama dua bulan, ia menjadi jinak serta manja.

“Awang juga mudah menerima arahan dan tidak pernah mengamuk, malah adik-adik sering bermain dengannya pada setiap petang,” katanya ketika ditemui pemberita di Kampung Dusun.

Kongsinya lagi, aktiviti memandikan Awang menjadi rutin harian tiga adiknya iaitu Syazrul Haikal, 14; Muhammad Zulfikar Izham, 11; dan Siti Marsyadiatul Aleesya, 10, di kawasan sungai di kampung mereka.

Apabila ditanya mengenai kemahiran menjinak kerbau itu, dia berkata, kemahiran itu diwarisi melalui pengalamannya mengikut bapanya, Baharun Ismail, 51, menangkap kerbau liar semenjak dirinya berusia 12 tahun lagi.

Menurut Baharun, aktiviti menjinakkan kerbau liar amat berisiko kerana haiwan tersebut bergerak secara berkumpulan dan bilangan mereka boleh mencecah sehingga 50 ekor. Tanpa denak, orang ramai boleh ditanduk, disondol atau dicederakan haiwan liar yang agresif itu.

Aktiviti menjinakkan kerbau liar amat berisiko kerana kerbau sering berada dalam kumpulan.

“Di Terengganu, sudah tidak banyak kerbau liar bagaimanapun aktiviti ini mendapat permintaan tinggi di luar,” kata Baharun.

Untuk baca artikel-artikel yang berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca