Membaca adalah satu hobi yang baik, malah ia aktiviti yang penting dalam pembangunan intelektual, spiritual dan emosi sesebuah masyarakat. Masyarakat membaca mampu berfikir dengan matang, rasional. Dengan membaca, banyak pertikaian dapat dileraikan, malah yang sesat dapat diluruskan.
Bagaimana mahu pupuk minat membaca, lebih-lebih lagi ia satu hobi yang asing buat anda? Penulis kongsikan 5 cara mudah untuk anda cuba:
1.Pilih Genre
Lebih mudah membaca tentang subjek yang kita minati atau punyai kecenderungan. Kenal pasti sekurang kurangnya 3 genre yang diminati, contoh: Novel seram/misteri, cinta & sejarah
2. Pilih Penulis
Selain tentukan genre, boleh juga tentukan penulis yang anda minati dan cari buku-buku yang ditulis oleh mereka. Contohnya, anda merasakan begitu serasi dengan gaya penulisan Hamka, John Green, Nicholas Spark, A.Samad Said dan lain-lain. Membaca buku dari penulis kegemaran boleh menyebabkan kita rasa selesa dan seronok membaca.
3. Pilih Buku Yang Sederhana
Jangan bermula dengan buku setebal 300 muka surat ke atas, jika anda baru hendak berjinak-jinak dengan hobi ini. Pilih buku dengan ketebalan serderhana, sekitar 100-200 supaya mudah menghabiskan bacaan dan dapat tingkatkan motivasi diri untuk baca buku seterusnya. Ingat, motivasi anda sangat perlu dijaga.
4. Baca Buku Sebelum Tidur
Sekurang-kurangnya 20 atau 30 minit setiap hari. Jadikan amalan ini sebagai rutin anda setiap kali sebelum tidur. Samada faham atau tak faham, letih atau cergas, susah atau senang luangkan masa 20 ke 30 minit setiap hari sebelum tidur. Amalkan ia sehingga jadi habit yang kalau tak buat anda rasa satu kekurangan.
5. Tinggalkan Buku Yang Membosankan.
Kalau anda rasakan buku yang sedang dibaca begitu membosankan, tinggalkan dan baca buku lain. Jangan biarkan perasaan ‘terpaksa untuk menghabiskan bacaan’ membebani teruatamanya jika buku tersebut gagal menarik minat kita untuk teruskan membaca. Ini boleh membunuh semangat membaca.
Jika pembaca amalkan cara yang dikongsi oleh penulis ini. Penulis yakin buku akan menjadi sahabat baik buat pembaca, dan dapat banyak manfaat dari hobi ini.
Kalau pembaca nak cari buku yang menarik boleh pergi ke I AM LEJEN SHOP yang terletak di SS 15, Subang Jaya.