Memasuki Fasa Pemulihan, Masyarakat Kini Pikul Tanggungjawab Bendung COVID-19

Status Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang paling ditunggu-tunggu oleh rakyat Malaysia kini terjawab menerusi perutusan khas Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam.

Beliau mengumumkan pelaksanaan fasa baharu iaitu Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) akan menggantikan PKPB yang bakal tamat pada 10 Jun ini.

Pihak kerajaan akan kuat kuasa PKPP bermula dari 10 Jun sehingga 31 Ogos 2020 menandakan Malaysia kini memasuki fasa pemulihan COVID-19.

Untuk pengetahuan anda, PKPP akan dilaksanakan berteraskan tujuh strategi:

1. Pengukuhan kesihatan awam

2. Perundangan dan penguatkuasaan

3. Pengukuhan kawalan sempadan

4. Pembukaan sepenuhnya sektor ekonomi

5. Pembudayaan kebiasaan baharu

6. Pemerkasaan tanggungjawab komuniti

7. Perlindungan golongan berisiko

Kami kongsikan beberapa senarai aktiviti yang dibenarkan menerusi fasa PKPP:

1. Pelancongan dalam negara dibenarkan tetapi pintu masuk antarabangsa masih ditutup

2. Operasi premis perniagaan kembali seperti biasa

3. Sekolah bakal dibuka semula secara berperingkat dalam tempoh PKPP

4. Kedai gunting rambut dan salon dibenarkan untuk beroperasi seperti biasa

5. Kebenaran untuk rentas negeri

Sementara itu, senarai di bawah adalah beberapa perkara yang tidak dibenarkan semasa PKPP:

1. Pusat hiburan

2. Taman tema

3. Perhimpunan orang ramai

4. Melancong ke luar negara

5. Sukan yang melibatkan sentuhan

Apa pula yang akan berlaku selepas 31 Ogos 2020?

COVID-19 dijangka akan memasuki fasa normalisasi selepas 31 Ogos 2020 sehingga vaksinnya berjaya ditemui. Pihak kerajaan akan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di kawasan lokaliti yang menyaksikan peningkatan secara mendadak dalam kes COVID-19.

Perdana Menteri turut berharap supaya semua orang kekal berdisiplin untuk mengelakkan peningkatan kes COVID-19 kerana tanggungjawab untuk membendung penularan wabak tersebut kini berada di atas bahu rakyat Malaysia.

Penggunaan pelitup muka di tempat awam dan membasuh tangan menggunakan sabun atau pensanitasi tangan serta penjarakan sosial kini menjadi satu normal baharu yang perlu diamalkan oleh semua orang di mana-mana sahaja.

Akhir kata, syabas dan terima kasih diucapkan kepada para petugas barisan hadapan dan semua pihak yang terlibat dalam membendung penularan COVID-19.

Untuk membaca lebih banyak artikel berkaitan PKPP, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca