Memang Sedap Tetapi Awas, Ini 5 Makanan Harian Yang Boleh Rosakkan Buah Pinggang

Buah pinggang merupakan satu daripada organ dalaman yang sangat penting dalam tubuh badan manusia. Ia berfungsi untuk mengeluarkan sisa pembuangan melalui air kencing, menghasilkan hormon dan menapis toksin serta sebarang cecair tambahan dalam darah anda.

Tahukah anda? Terdapat beberapa makanan dan minuman harian yang baik untuk kesihatan namun boleh memudaratkan kesihatan kepada manusia sekiranya diambil secara berlebihan.

Sedap memang sedap. Namun, awas! Berwaspadalah dalam penjagaan pemakanan anda. Oleh itu, perkongsian kali ini akan menyenaraikan lima makanan harian yang mampu merosakkan buah pinggang anda:

1. Daging

Daging merupakan satu daripada makanan yang memiliki khasiat tinggi dalam membekalkan nutrisi yang sempurna. Walau bagaimanapun, pengambilan yang terlalu berlebihan mendorong seseorang untuk mendapatkan masalah buah pinggang.

Ini kerana, protein yang bersumberkan haiwan ini agak sukar untuk diproses. Kesukaran yang berlaku akan membebankan buah pinggang untuk menghapuskan bahan buangan.

2. Alpukat

Meskipun alpukat memiliki pelbagai khasiat, pengambilan secara berlebihan turut menyebabkan masalah kepada buah pinggang anda. Hal ini kerana, kandungan kalium yang terdapat dalam buah ini adalah sangat tinggi. Berbeza dengan keperluan utama tubuh badan manusia iaitu mineral. Maka, kadar kalium yang terlalu tinggi akan menyebabkan kekejangan dan degupan jantung yang tidak menentu.

3. Pisang

Sama seperti alpukat, pisang juga mempunyai kadar kalium yang sangat tinggi. Pasti ada antara pembaca yang terkejut setelah mendapati pisang juga merupakan antara makanan yang tidak boleh diambil secara berlebihan.

Sebagai makluman, orang dewasa memerlukan 3,500 hingga 4,700 miligram kalium setiap hari dari makanan atau pisang yang bersaiz sederhana sahaja. Bayangkan, apa akan berlaku sekiranya pengambilan buah ini adalah lebih daripada yang ditetapkan.

4. Produk tenusu

Selain bagus untuk pertumbuhan gigi dan juga tulang, susu boleh mengakibatkan gangguan terhadap buah pinggang anda. Kandungan fosforus yang tinggi akan menyebabkan tekanan kepada organ tersebut. Ini kerana, proses menyahkan fosforus oleh buah pinggang individu akan meningkatkan risiko untuk patah tulang.

5. Buah dan jus oren

Sebagaimana yang telah dinyatakan dalam buah pisang, jus oren juga mengandungi kadar kalium yang tinggi. Sebiji oren sersaiz sederhana mengandungi 240 miligram kalium manakala secawan jus oren pula mengandungi kira-kira 470 miligram kalium. Jumlah kalium yang tinggi membuatkan buah pinggan anda tidak dapat berfungsi dengan baik.

Rumusnya, pengambilan sesuatu makanan harus dihadkan. Tidak menjadi kemestian oleh setiap individu untuk mengambil sesuatu makanan itu secara kerap sehingga berlebihan walhal ia menjadi kegemaran sekalipun. Ingat, sediakan payung sebelum hujan.

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca