Tular di media sosial mengenai foto perkahwinan Mohamad Fairul Adha Che Kamaruddin, 26, dengan NurSyafini Afni Mohd Yatim,25, yang memaparkan kehadiran seorang posmen sejurus diijabkabulkan. Pengantin ini tidak menjangka akan menerima bungkusan pembelian dalam talian sekitar seminggu yang lalu pada hari dia dinikahkan.
Perkara ini turut menarik perhatian warganet sehingga menerima lebih daripada 5,000 (retweet) dalam tempoh kurang 24 jam dimuat naik ke Twitter. Di bawah merupakan paparan skrin posting Afni di laman Twitter.
Pasangan tersebut juga terkejut apabila didatangi kehadiran seorang tetamu yang tidak diundang. “Agak terkejut, memang tak jangka kain tudung yang saya beli akan sampai pada hari itu, tambah pula saya pun dah lupa sebab sibuk buat persiapan,” ujarnya.
Melalui foto yang telah dimuat naik olehnya secara suka-suka ke akaun Twitter telah menarik perhatian ramai pihak. Ia turut mendapat pelbagai reaksi yang menghiburkan.
Di samping itu, beliau juga turut berterima kasih kepada posmen tersebut serta menyifatkan lelaki itu sebagai pekerja yang berdedikasi, amanah dan bertanggungjawab.
Sumber: Twitter