Memang Gila! Dapatkan Harga Coklat Serendah RM4

Kepada pencinta coklat sekalian! Ada berita baik untuk korang semua kerana Chocolate Museum akan mengadakan promosi kaw-kaw punya bermula esok 25 Januari 2019 sehingga 27 Januari 2019.

Apa yang menariknya adalah sebanyak 70% diskaun yang akan diberikan kepada pembeli. Selain itu, di sana juga anda akan mendapat lebih daripada 300 jenis jenama coklat yang ditawarkan. Antaranya seperti Cadbury, Ferrero Rocher, Kinder Bueno, Mars, Daim, Hanuta dan banyak lagi.

Di bawah merupakan petikan yang telah dimuat naik daripada Facebook Chocolate Museum mengenai jualan gudang tersebut.

Seterusnya, antara coklat yang ditawarkan pada harga murah adalah:

1. Clover Chocolate (assorted)

2. Daim

3. Kinder Bueno

4. Clover Tiramisu Chocolate

5. Nutella Go

6. Assorted Millton Espresso ( Coklat Bijian Kopi Asli)

Bukan setakat coklat sahaja yang korang boleh dapatkan, malah pada hari berlangsungnya event tersebut, korang juga boleh cuci-cuci mata melihat pelbagai jenis perfumes yang turut dijual dengan harga lebih murah.

Selain itu, di bawah merupakan maklumat event sebagai rujukan untuk korang serbu Chocolate Museum ini. Jadi, kepada korang yang selalu stress inilah ubatnya, mulai esok bolehlah menikmati coklat kegemaran korang dengan harga yang sangat murah. Apa tunggu lagi, Jomlah serbu!

Sumber: Chocolate Museum

Artikel Lain Untuk Di Baca