Melingkup 43 Tahun Dalam Penjara, Banduan Didapati Rupanya Tidak Bersalah

Seorang lelaki telah menghabiskan selama 43 tahun berada dalam penjara, sebelum hakim di Missouri mengarahkan pembebasan serta-merta dirinya apabila dia didapati telah disabitkan secara salah kepada tiga pembunuhan yang tidak dilakukannya.

Kevin Strickland yang berumur 62 tahun itu dijatuhkan hukuman pada 1979 melibatkan kes pembunuhan tiga individu di Kansas City, Missouri yang diikat dan ditembak pada 25 April 1978.

43 tahun lalu, Kevin Strickland dijatuhkan hukuman penjara seumur hidup atas kesalahan yang tidak dilakukannya. Sumber: kctv5

Walaupun mendakwa dirinya tidak terbabit dengan kes tersebut, Kevin Strickland tetap dijatuhkan hukuman penjara sepanjang hidup. Hal ini hasil daripada testimoni seorang mangsa yang terselamat, Cynthia Douglas yang mengatakan dia merupakan salah seorang empat lelaki yang menembak.

Namun Cynthia Douglas kemudiannya menarik balik kenyataan beliau. Malah dua lelaki yang disabitkan dengan pembunuhan itu berkata, Strickland tidak terlibat dengan kes tersebut dan mengenal pasti dua lelaki yang bersubahat.

Dua lelaki yang disabitkan dengan pembunuhan itu berkata, Strickland tidak terlibat dengan kes tersebut dan mengenal pasti dua lelaki yang bersubahat. Gambar dari: kctv5

Sehubungan dengan itu, tiada satu pun bukti yang mengaitkan Strickland dalam jenayah itu malah dia menyediakan alibi lokasi dia berada ketika kejadian.

Setelah meneliti kes itu kembali, Pejabat Pendakwa Daerah Jackson pada awal tahun ini bersetuju dengan dakwaan bahawa Strickland tidak bersalah. Akhirnya setelah 43 tahun berada dalam penjara, Hakim James Welsh mengarahkan pembebasan serta merta lelaki ini.

“Strickland disabitkan kesalahan semata-mata testimoni saksi Douglas, yang kemudiannya menarik balik kenyataan itu. Di bawah kenyataan unik ini, keyakinan mahkamah terhadap sabitan Strickland sangat jelas dan penghakiman perlu diketepikan.

“Mahkamah dengan ini memerintahkan pembebasan segera Strickland,” umum hakim.

Menghabiskan 43 tahun dalam penjara, Kevin Strickland menjadi banduan paling lama dalam penjara Amerika Syarikat (AS) yang disabitkan secara salah.

Projek Tidak Bersalah Midwest Sekolah Undang-undang Universiti Missouri Kansas City memainkan peranan penting dalam memperjuangkan kes Strickland ini, di mana mereka menyokong pihak yang disabitkan secara salah.

Untuk baca artikel-artikel yang berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca