Melancong Sakan Dengan Bajet Rendah, Ini 10 Destinasi Luar Negara Paling Jimat Untuk Dikunjungi

Siapa sahaja yang tidak menginginkan percutian indah, menarik dan semestinya tidak memerlukan belanja yang banyak. Pemandangan indah dengan bajet yang rendah sememangnya menjadikan percutian anda semakin berbaloi.

Berikut penulis kongsikan 10 negara paling jimat dan berbaloi untuk anda kunjungi:

1. Nicaragua

Nicaragua merupakan satu daripada negara terbesar yang terletak di Amerika Tengah. Kawasan ini sangat popular untuk dijadikan sebagai percutian bajet anda sekeluarga.

Di samping memiliki budaya tempatan yang sangat unik dan menarik, kawasan ini mempunyai tarikan tersendiri iaitu pada pekannya yang berwarna-warni serta laut yang sangat indah.

Menariknya, kos penginapan juga berpatutan. Double rooms boleh didapati dengan harga RM24.96, manakala makanan pula sekitar harga RM12.48.

2. Turki

Turki, negara yang sangat terkenal dengan penyatuan antara budaya Timur dan Barat. Untuk pengetahuan anda, negara ini juga popular dengan panggilan syurga makanan.

Bayangkan, juadah makanan paling istimewa diberikan harga RM8.32 sahaja. Bagi tempat penginapan pula, anda berpeluang untuk membelanjakan RM83.20 sahaja dalam satu malam.

3. Sri Lanka

Menariknya, bercuti di Sri Lanka memberi anda peluang untuk menikmati keindahan alam dengan menyewa tempat penginapan di tepi pantai. Harga bagi makanan di tempat ini juga boleh diperoleh serendah $2 iaitu bersamaan dengan RM8.32.

4. Kemboja

Kekayaan dan keunikan budaya setempat menjadikan ia sebagai satu daripada negara Asia Tenggara yang paling banyak dikunjungi pelancong. Untungnya, kebanyakan makanan boleh didapati dengan harga $1-3 bersamaan dengan RM4.16-12.48. Penginapan pula selalunya berharga sekitar $4-20, yakni RM16.64-83.20.

5. Nepal

Selain berpeluang menikmati kecantikan Banjaran Himalaya, pelancong berpeluang berkunjung ke tempat menarik di sekitar Nepal. Julat kos bagi tempat penginapan di hotel bajet biasanya bermula sekitar $5-25 iaitu bersamaan dengan RM20.80-104.

6. Thailand

Di samping terkenal dengan julukan shopping heaven, Thailand turut menyediakan tempat penginapan murah kepada pelancong yang datang berkunjung iaitu dengan harga sekitar $4-40 (RM16.64-166.40).

Bagi perbelanjaan makanan, juadah yang dijual oleh kebanyakan peniaga biasanya boleh didapati dengan harga $0.65-5 (RM2.70-20.80). Lebih menguntungkan apabila kos pengangkutan bagi penggunaan bas hanya memerlukan perbelanjaan sekitar $0.25 (RM1.04) sahaja.

7. Peru

Terletak di Amerika Selatan dan terkenal dengan kos perbelanjaan yang murah. Untuk mendapatkan kos penginapan dengan harga murah, anda digalakkan berkunjung ke sini pada bulan April, Mei, September atau Oktober.

Pelancong hanya berpeluang berbelanja sebanyak $8 (RM33.28) untuk mendapatkan penginapan di bilik jenis dorm. Makanan juga boleh ditemui di gerai jalanan atau pasar dengan harga sekitar $1-2 (RM4.16-8.32). Dari segi pengangkutan awam seperti bas, pelancong hanya perlu berbelanja sebanyak $0.50-1 iaitu bersamaan dengan RM2.08-4.16 per trip.

8. Indonesia

Negara yang satu ini sudah sememangnya berbaloi untuk anda kunjungi. Usah risau dengan segala hal yang bakal ditawarkan. Keindahan dan kenyamanan pemandangan alam yang terbentang pasti memberikan seribu ketenangan kepada sesiapa sahaja yang berkunjung di sini.

Meskipun tergolong sebagai bahasa serumpun dengan negara Malaysia, nilai mata wang yang rendah menjadikan ia sebagai destinasi percutian bajet yang menarik untuk dikunjungi.

9. Romania

Romania terkenal dengan keunikan seni dan alam bina bangunan. Kebanyakan makanan yang dijual di bandar ini boleh dibeli dengan harga $5 (RM20.80). Untuk penggunaan pengangkutan kereta api pula dapat dinikmati dengan harga $1 (RM4.16).

10. Afrika Selatan

Kunjungan anda ke tempat ini pastinya berpatutan berikutan turun naik penggunaan mata wang di Afrika Selatan. Untuk mendapatkan cuaca yang nyaman dan menarik, pembaca digalakkan berkunjung ke sini pada bulan Mac hingga Mei dan September hingga Oktober.

Perbelanjaan dari segi makanan pula biasanya menelan kos sekitar $4-7 (RM16.64-29.12).

Semoga perkongsian kali ini mampu menarik perhatian pembaca untuk berkunjung ke luar negara dengan pengurusan bajet yang sangat rendah.

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca