Melalui Khidmat Penghantar Makanan, Lelaki Ini ‘Kantoi’ Curang

Seorang wanita di Taiwan ingin menjadi seorang teman wanita yang prihatin dengan memesan makanan untuk teman lelakinya yang sakit tanpa memaklumkan lelaki itu terlebih dahulu. Walau bagaimanapun, teman lelaki berkenaan mempunyai kejutan yang lebih besar untuk wanita tersebut.

Menurut NowNews, wanita itu telah bercinta dengan lelaki berkenaan selama dua tahun dan mereka berada dalam hubungan jarak jauh. Kebiasaannya, mereka akan berbual sebelum tidur tetapi sebelum mereka memutuskan hubungan, wanita berkenaan mendapati teman lelakinya sudah banyak berubah dan menjadi seorang yang lebih dingin.

Lelaki itu memberi banyak alasan untuk tidak menjawab panggilan atau membalas mesej wanita berkenaan dengan menyatakan bahawa dia tertidur kerana terlalu penat.

Wanita tersebut berkata, “Saya pilih untuk mempercayainya (teman lelaki) dan saya tidak mahu mengganggunya apabila dia sedang rehat. Walau bagaimanapun, dia beritahu saya dia tidak sihat dan ingin tidur lebih awal.

Dalam erti kata lain, dia tidak mampu untuk berbual dengan saya melalui telefon pada malam berkenaan. Saya telah memesan khidmat penghantaran makanan untuknya kerana saya bimbang akan kesihatannya dan sama ada dia mempunyai bekalan makanan yang mencukupi dalam rumahnya.”

Apabila dia sampai ke rumah teman lelaki berkenaan, penghantar makanan itu terus menghubungi wanita berkenaan selepas tiada sesiapa yang membuka pintu.

Wanita itu menghubungi teman lelakinya kerana dia menganggap lelaki berkenaan tidak dapat mendengar loceng pintu kerana dia tidak sihat.

Selepas mereka bertengkar, lelaki itu akhirnya mengaku yang dia sebenarnya pergi ke rumah rakan sekelas wanitanya. Dalam erti kata lain, lelaki berkenaan mengaku bahawa dia curang.

Akhirnya, wanita itu menyuruh penghantar tersebut untuk membuang makanan berkenaan dan dia menggunakan kad kredit miliknya untuk membayar makanan itu.

Tambahnya, “Saya cuma ingin mengingatkan anda yang kini berada dalam hubungan jarak jauh. Apabila anda memesan khidmat penghantaran makanan untuk kekasih anda dengan mengejut, anda perlu berjaga-jaga kerana ada kemungkinan hubungan anda akan putus selepas itu.”

Warganet amat terkejut dengan perubahan dalam kisah wanita berkenaan kerana mereka tidak percaya bahawa memesan khidmat penghantaran makanan untuk seorang kekasih akan mempunyai pengakhiran sebegitu rupa.

Ada yang berpendapat bahawa wanita tersebut ialah seorang teman wanita yang baik dan terlampau mengambil berat tentang teman lelakinya dan tidak kurang, ada yang mengkritik lelaki tersebut kerana curang.

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca