Mekanik Ini Tunjuk Cara Mudah Untuk Tolak Kereta Seorang Diri Biarpun Berbadan Kurus

Pernahkah anda berasa risau sekiranya tiba-tiba kereta yang anda pandu rosak di pertengahan jalan? Sekiranya anda seorang diri pada ketika itu apakah yang anda akan lakukan?

Baru-baru ini tular video sebuah perkongsian oleh seorang mekanik di TikTok dimana menerusi video tersebut, dia mengajar orang ramai untuk menolak kereta seorang diri dan untuk mereka yang berbadan kurus.

Setakat artikel ini ditulis, video ini sudah ditonton lebih 715,000 kali di TikTok. Individu ini banyak berkongsi video tips berkenaan kereta dengan cara yang santai.

Berikut adalah cara-cara untuk tolak kereta seorang diri dan untuk anda yang berbadan kurus:

1. Tekan butang double signal

2. Tukarkan gear ke N

3. Turunkan brek tangan (hand brake)

4. Turunkan cermin sehingga habis

5. Tarik sampai habis safety belt dan kemudian tutup pintu kereta

6. Masukkan badan ke dalam safety belt

7. Letakkan tangan di stereng kereta, kemudian tolak

Cara yang ditunjukkan mekanik ini memang amat membantu sekiranya kita berdepan dengan situasi tidak terjangka ini. Untuk anda yang tidak berbadan kurus pun boleh cuba cara yang sama.

Selamat mencuba!

Untuk baca artikel lain yang berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca