Media Sosial Baharu Dipopularkan Elon Musk, Apa Itu Clubhouse?

Sekiranya aktif di media sosial baru-baru ini, anda mungkin sedar akan kewujudan sebuah aplikasi media sosial baharu iaitu Clubhouse. Clubhouse ini sebenarnya dibina untuk dua jenis manusia iaitu mereka yang suka bercakap dan para pendengar.

Ia mula mencuri perhatian ramai selepas Elon Musk iaitu orang terkaya dunia menggunakan aplikasi tersebut untuk mengadakan perbincangan secara langsung.

Menerusi sesi perbincangan tersebut, Elon membincangkan pelbagai perkara dan berjaya menarik lebih daripada 5,000 pengunjung. Untuk pengetahuan anda, ia melebihi kemampuan yang disediakan oleh Clubhouse kerana 5,000 orang sahaja yang dibenarkan untuk setiap sesi.

Elon Musk. Sumber: BBC

Clubhouse menjelaskan di laman sesawangnya bahawa ia merupakan produk sosial berasaskan audio yang membolehkan manusia berhubung di mana-mana sahaja.

Selain itu, ia digunakan untuk tujuan berbincang, bercerita, mengembangkan idea, mengeratkan hubungan dan bertemu dengan rakan-rakan baharu dari seluruh dunia.

Dalam pada itu, Clubhouse diasaskan oleh Paul Davison dan Rohan Seth pada Mac 2020. Dua bulan selepas penubuhannya, aplikasi ini telah dinilai sekitar USD$100 juta (RM404,250,000) walaupun hanya memiliki 1,500 pengguna sahaja pada masa itu.

Tidak lama selepas itu, Clubhouse berkembang dengan begitu cepat sehingga memiliki 600,000 pengguna pada Disember 2020. Pada 1 Februari 2021, ia telah merekodkan 2 juta pengguna.

Walau bagaimanapun, Clubhouse hanya boleh dimuat turun di App Store sahaja buat masa ini. Bagi pengguna Android, aplikasi ini belum tersedia lagi di Google Play Store.

Untuk pengetahuan anda, aplikasi ini masih dalam versi beta jadi orang ramai tidak boleh memuat turunnya seperti biasa. Untuk menyertai Clubhouse, anda memerlukan jemputan daripada seseorang yang sudah berada di dalam aplikasi tersebut.

Clubhouse juga telah mengumumkan ciri-ciri baharu yang bakal menemui pengguna platform mereka seperti petua, tiket atau langganan untuk membayar content creator secara langsung dalam aplikasi tersebut.

Sekiranya anda mahu tahu, Clubhouse kini menerima banyak permintaan daripada orang ramai di seluruh dunia untuk menjadi pengguna mereka.

Di China sahaja, jemputan untuk menyertai Clubhouse dijual secara dalam talian seperti Alibaba dan Idle Fish pada harga 150-400 yuan (RM94 РRM250). Adakah anda pernah menggunakan aplikasi ini?

Untuk baca artikel-artikel berkaitan media sosial, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca