Mayat Hanya Ditemui Setelah Sekian Lama, Ini Fenomena ‘Kodokushi’ Di Jepun

Umum mengetahui bahawa Jepun merupakan antara negara yang terkaya di dunia. Hal ini tidak dapat disangkal lagi apabila mereka memiliki teknologi yang sangat maju.

Namun, siapa sangka, bilangan kematian orang-orang tua dan mayat yang tidak dituntut di negara matahari terbit ini semakin bertambah?

Mula diterangkan pada tahun 1980-an, kodokushi merupakan sebuah fenomena di Jepun yang menceritakan tentang seseorang yang mati keseorangan. Kematian jenis ini berlaku kepada mereka yang mempunyai hubungan lemah dengan keluarga.

Apa yang lebih menyedihkan ialah tiada seorang pun yang tahu tentang pemergian individu berkenaan sehinggakan mayat tersebut meninggalkan bau yang kurang menyenangkan!

Sumber: The Straits Times

Selain itu, mereka tidak mahu untuk meminta pertolongan daripada orang lain kerana stigma masyarakat yang memandang serong kepada individu yang meminta bantuan merupakan salah satu punca ramai lebih rela menghembuskan nafas terakhir dalam keadaan sunyi.

Miyu Kojima iaitu seorang pekerja yang membersihkan tempat kematian kodokushi berkata, “Walaupun seseorang mati dengan kodokushi, kesan-kesan kehidupan seharian mereka masih lagi berada di situ.”

Miyu menganggap rumah tersebut lebih sukar untuk dibersihkan kerana ia selalu berlaku di rumah-rumah peninggalan orang yang membunuh diri ataupun meninggal dunia kerana dibunuh.

Tambahnya, “Kami paling sibuk pada musim panas kerana mayat yang belum ditemui untuk sementara waktu lebih mudah untuk ditemui pada musim ini. Hal ini kerana bau busuk itu sudah mula mengganggu jiran tetangga.”

Dalam pada itu, pekerja pembersihan mayat kodokushi kebiasaannya akan bergerak dalam kumpulan yang terdiri daripada enam orang. Mereka menerima bayaran sebanyak $3,000 (RM12,420) – $5,000 (RM20,700).

Penulis

  •  Malinda Nurul Hikmah Agus Susila adalah pelajar Fakulti Filem, Teater dan Animasi.
  • Dr. Mohd Syuhaidi Abu Bakar adalah Timbalan Dekan Penyelidikan dan Jalinan Industri, Fakulti Filem, Teater dan Animasi.

Baca lagi artikel berkaitan dengan penemuan mayat yang kami telah ulaskan.

Hidup Dengan Mayat Selama 4 Hari, Wanita Ini Tak Sedar Teman Serumah Sudah Meninggal Dunia

Bau Aneh Dan Ganjil Ganggu Tetangga, Mayat Pembuat Roti Dijumpai Selepas 8 Tahun

Mati Berseorangan Dan Mayat Hanya Ditemui Setelah Sekian Lama, Ini Fenomena ‘Kodokushi’ Di Jepun

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca