Maya Matahari Temui Ajal Pada Usia 44 Tahun Akibat Kanser

Penyanyi yang sebelum ini terkenal menerusi lagu berjudul Matahari iaitu Maya Matahari atau nama sebenarnya Myanaliza Ruslee menghembuskan nafas terakhir pada hari ini akibat kanser.

Menurut laporan media, Allahyarham yang berusia 44 tahun itu menghidap kanser tisu sejak tahun lalu.

Walau bagaimanapun, Allahyarham dikatakan tidak mahu berita penderitaannya itu dihebabkan kepada para peminat, media dan seluruh masyarakat.

Memetik laporan Astro Awani, beberapa artis terkenal tanah air yang juga merupakan rakan baik Allahyarham Maya seperti Haiza dan Ieda Moin ketika dihubungi memberitahu, mereka juga baru mendapat khabar duka mengenai pemergian penyanyi berkenaan.

Namun begitu, Haiza dan Ieda masing-masing tidak dapat berkongsi sebarang maklumat dan sedang menunggu berita lanjut.

Team Lejen Digital mengucapkan salam takziah kepada seluruh keluarga Allahyarham Maya. Semoga arwah ditempatkan dalam kalangan orang beriman. Al-Fatihah.

Sebelum ini, industri hiburan digemparkan dengan berita pemergian Abam Bocey dan juga Ashraf Sinclair. Anda boleh klik pada pautan di bawah untuk membaca artikel yang berkaitan:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca