Pada Jumaat lepas, Maya Karin aktres berkaliber mengakui tiba-tiba diserang panic attack ketika menjadi penyampai trofi pada malam kemuncak Festival Filem Malaysia ke-32 (FFM32) yang berlangsung di Encore Melaka.
Semasa kejadian berlaku, Maya, 43, dilihat tiba-tiba menggigil dan gagal untuk berdiri dengan stabil sehingga nekad untuk membuka kasut ketika menyampaikan anugerah Pelakon Lelaki Terbaik.

Pelakon filem Ombak Rindu itu berkata, membuka kasut tumit tinggi merupakan cara untuk dia mengelak dirinya daripada terus pengsan di atas pentas.
“Saya perlu tanggalkan kasut tumit tinggi untuk elak daripada pengsan dan berdiri dengan kaki menyentuh permukaan.

“Terima kasih seribu kali kepada teman penyampai, Faizal Hussein. Hero saya, sangat gentleman, siap kutip kasut saya yang tertinggal atas pentas,” ujar Maya.
Sehubungan dengan itu, Faizal menerima pujian ramai dengan sikap prihatinnya terhadap Maya ketika situasi sedang berlaku.
Gentleman faizal hussein. https://t.co/Ax5ZHPsnj3
— XishXrXsnX (@ShaSenza) December 5, 2022
Faizal Hussein you are the best..
— Melizza Jose Maranan (@MarananMelizza) December 4, 2022
Stay strong Maya Karin please💪🫂
Baharu tgk balik, Maya Karin was trembling and she's able to overcome it towards the end not to forget how gentleman Faizal Hussein was. https://t.co/QJvxfSsNUa
— Giarc Nibisna 🇲🇾🌺 (@craigansibin) December 4, 2022
Sebelum ini, Maya pernah memberitahu tentang masalah kegelisahan melampau atau anxiety yang menghantui hidupnya sejak lapan tahun lalu.
Jelitawan berkacukan Melayu-Jerman itu pernah gagal dalam uji bakat sebuah filem antarabangsa Crazy Rich Asian dan teater muzikal Puteri Gunung Ledang akibat serangan panik hingga tidak dapat memberi fokus sepenuhnya.
Hujung tahun lalu, pemenang beberapa kali trofi pelakon wanita terbaik filem Anugerah Skrin dan FFM itu diserang anxiety ketika sedang berskuba di Sabah.
Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah: