Mawar Rashid Masih Sentap Tentang Isu GST

Pelakon Mawar Rashid yang pernah digelar “Mawar GST” mengaku bahawa dia masih sentap dengan kontroversi berkenaan malah dia tidak dapat menahan air mata apabila video itu dipertontonkan semula pada pelancaran produk kosmetiknya baru-baru ini.

Pelakon kelahiran Kota Baru Kelantan itu mula mencipta nama menerusi pertandingan Dewi Remaja 14/15 bersama-sama dengan Raysha Rizrose, Puteri Aishah, Mimi Lana serta ramai lagi.

Menurut pelakon yang pernah terkenal dengan drama bersiri Tundukkan Playboy Itu, dia ingin buang jauh perkara itu, walau bagaimanapun banyak perkara yang Mawar belajar selepas tularnya insiden tersebut. Klip temu bual mengenai Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) pada saringan Dewi Remaja 2014/2015, telah dipertontonkan semula di pelancaran produk kosmetik yang di usahakannya baru-baru ini.

Mawar yang juga merupakan adik ipar kepada cef selebriti terkenal Datuk Fazley Yaakob menjelaskan bahawa, dia bukan sengaja tidak menjawab soalan mengenai GST, namun ketika itu dia hanya menjadi diri sendiri.

“Saya dituduh bodoh. Tapi saya bukanlah bodoh. Saya dapat 4A masing-masing pada Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Penilaian Menengah Rendah (PMR). Bagi Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), saya dapat 5A.” ujarnya.

Mawar atau nama sebenarnya Wan Mawar Shaputri, mengumpul dan membina semangat yang baru melalui sokongan peminat, keluarga serta kawan-kawan. Mawar juga lebih banyak berdiam diri dan membuktikan kejayaannya melalui bidang yang diceburinya.

Jangan jadikan kesalahan masa lalu sebagai penghalang untuk kita berjaya. Lihat sahaja kini, Mawar sudah semakin berjaya dalam bidang lakonannya dan bakal menjadi usahawan yang hebat.

Untuk membaca artikel lain berkaitan, sila klik pada pautan di bawah:

Artikel Lain Untuk Di Baca