Maut Di Tangan Ibu Sendiri, Wanita Ini Tergamak Sapu Heroin Pada Gusi Bayi Berusia 12 Bulan Untuk Tidurkannya

Nyawa seorang bayi berusia 12 bulan melayang di tangan ibunya sendiri apabila wanita itu tergamak menyapu dadah jenis heroin pada gusi anaknya untuk menidurkannya.

Wanita yang dikenali sebagai Kimberly Nelligan itu dipercayai telah menggunakan bahan terlarang tersebut pada Jordy sekurang-kurangnya 15 kali sebelum bayi itu meninggal dunia pada bulan Oktober tahun lepas.

Bayi malang itu ditemui mati di kediaman mereka yang bertempat di Bangor, Maine. Ibu mangsa yang merupakan suspek utama dalam kes ini ditahan pada minggu lepas kerana disyaki terbabit dalam kematian bayi tersebut.

Seorang detektif kemudiannya mengesahkan bahawa sistem badan wanita berkenaan mengandungi synthetic opioid fentanyl di mana ia merupakan sejenis ubat tahan sakit yang selalunya dicampur dengan heroin bagi mendatangkan kesan sebanyak 50 kali ganda lebih kuat.

Laporan yang sama juga menyatakan yang bayi itu didapati telah menelan dadah berkenaan dan ia boleh berlaku sekiranya bahan itu disapu pada bahagian dalam mulutnya.

Pada bulan Jun lalu, Nelligan telah memuat naik satu foto di laman Facebook yang menunjukkan dadah itu bersama dengan alat untuk menghisapnya dengan mencoret “Yay buddy” sebagai kapsyen.

Malah, Nelligan juga turut mengecam seorang ahli pasukan sorak Ohio yang dikatakan membunuh anaknya secara terang-terangan tetapi cuma disabitkan atas kesalahan menanam mayat bayi itu sahaja. Tulis Nelligan di laman sosial itu, “Saya sanggup lakukan apa sahaja untuk mendapatkan anak saya kembali. Dasar perempuan bodoh.”

Menurut laporan media tempatan, Nelligan akhirnya mengaku menggunakan heroin seminggu sekali pada bulan kematian anaknya itu. Bapa kepada Jordy pula memberitahu pihak polis bahawa wanita tersebut telah menyapukan dadah berkenaan pada gusi anaknya itu.

Ini bukanlah kali pertama Nelligan menggunakan heroin bagi menidurkan anaknya. Wanita itu dipercayai pernah melakukan perkara yang sama ke atas anaknya yang lain. Dia bagaimanapun memberitahu individu yang identitinya tidak didedahkan, “Awak sendiri tahu yang saya tiada niat untuk menyakiti anak kita.”

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca