Mati Dalam Keadaan Sadis, Mayat Ditemukan Berikat Kaki Dan Tangan Di Kawasan Pam Air

Mayat seorang lelaki ditemukan di kawasan pam air dekat Tasik Paya Bungor, Gambang, Kuantan sekitar jam 10 pagi hari ini.

Lebih menyedihkan apabila mayat tersebut ditemukan oleh seorang pekerja penyelenggaraan dalam keadaan sadis dengan kaki dan tangannya terikat.

Lelaki yang dipercayai telah meninggal sejak dua hari lalu akibat dibunuh itu ternyata merupakan abang kepada S. Rajan yang berusia 39 tahun.

Ketika disoal siasat, S. Rajan berkata bahawa kali terakhir dia bertemu abangnya pada jam 4 petang kelmarin bersamaan dengan hari Jumaat. Dia turut menyatakan kekeliruannya sama ada mangsa mempunyai musuh atau tidak.

Menurut S. Rajan, mendiang abangnya merupakan seorang mekanik dan sering berulang dari Sri Jaya, Maran ke Gambang untuk melaksanakan kerja-kerjanya. Malahan, mendiang turut dilaporkan jarang bertemu keluarganya.

Susulan daripada penemuan mayat berkenaan, pihak berkuasa akan melaksanakan bedah siasat untuk mengetahui punca kematian.

Bukan itu sahaja, harta milik mangsa seperti kereta Proton Wira dan dompetnya turut hilang dan gagal ditemukan.

Mayat telah dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) untuk pemeriksaan dan tindakan lanjut.

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca