Mati Akibat COVID-19, Ketua Anti-Vaksin Israel Mohon Pengikut Teruskan Tentangan

mati-akibat-covid-19-ketua-anti-vaksin-israel-mohon-pengikut-teruskan-tentangan

Seorang ketua aktivis anti-vaksin terkemuka Israel, Hai Shaulian meninggal dunia pada hari Isnin lalu selepas dia disahkan positif jangkitan wabak COVID-19.

Lelaki berusia 57 tahun itu dimasukkan ke hospital seminggu lalu di Pusat Perubatan Wolfson, Holon setelah didapati positif wabak yang telah membunuh ramai orang di seluruh dunia, memetik laporan portal Jerusalem Post.

mati-akibat-covid-19-ketua-anti-vaksin-israel-mohon-pengikut-teruskan-tentangan
Sumber: Gemilang Daily

Difahamkan, seminggu selepas dimasukkan ke hospital kesihatannya semakin merosot malah, dua hari sebelum kematiannya, dia masih sempat menentang program vaksinasi kerajaan Israel dan meminta agar pengikutnya untuk meneruskan perjuangan mereka.

Shaulian memuat naik gambarnya yang memakai alat oksigen dalam satu hantaran di Facebook.

Dia mengatakan bahawa situasinya dalam keadaan kritikal dan tidak mampu untuk bercakap atau bertindak balas terhadap orang, menerusi hantarannya di laman media sosialnya.

“Saya tidak mempunyai oksigen dan tidak dapat menstabilkannya,” kata Shaulian.

Dalam pada itu, dia juga turut mengatakan bahawa dia akan pulih dalam dua atau tiga minggu dan percaya ‘dengan pertolongan Tuhan’.

“Saya tidak takut kerana Pencipta ada bersama saya. Dalam perkiraan saya, saya percaya bahawa saya akan keluar dari kesakitan ini dengan pertolongan Tuhan, ia akan berlaku,” ujar Shaulian.

Shaulian pernah mengadakan tunjuk perasaan yang menentang sistem Green Pass milik kerajaan Israel yang membuka ruang buat mereka sudah mendapatkan vaksin penuh, pulih dari wabak atau negatif sebelum ini.

“Perkara ini tidak ada hubungannya dengan coronavirus. Hal ini juga tidak ada kaitannya dengan vaksin tetapi berhubung dengan paksaan,” katanya

“Teruskan berjuang. Negara perlu lakukan penindasan penjenayah terhadap kita. Jangan mudah menyerah,” tambahnya lagi.

Anti-vaksin ini juga telah bertindak membuat tuduhan bahawa polis cuba meracuninya setelah dia ditangkap semasa tunjuk perasaan menentang sistem Green Pass.

Bukan itu sahaja, dia juga mengatakan bahawa pihak polis telah menggunakan kekerasan terhadapnya.

“Polis Yerusalem cuba meracuni saya. Saya tidak pernah merasa seperti ini dalam hidup saya.”

“Saya berjuang sepanjang minggu seolah-olah tidak ada yang berlaku. Tetapi hari ini saya tidak dapat bernafas dan terus menuju ke HMO. Dari sana saya dievakuasi ke Wolfson Medical.”

“Sekiranya sesuatu berlaku kepada saya, ketahuilah bahawa ia adalah cubaan pembunuhan,” jelasnya lagi.

Pada mulanya, Shaulian dikatakan telah mengadakan tunjuk perasaan yang menentang keras peraturan bagi membendung wabak COVID-19.

Bahkan dia juga telah menentang sistem Green Pass dan syarat untuk memakai pelitup muka di tempat terbuka dan tertutup.

Bagaimanapun, kematiannya dianggap satu perkara yang merugikan namun bagi pengikutnya pula, mereka tetap dengan pendirian yang ditegakkan. Malah mereka juga membuat dakwaan tidak berasas mengenai kematiannya.

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, sila klik pada pautan di bawah:

Artikel Lain Untuk Di Baca