Matahari Terbenam Di Marikh Berwarna Biru? Ini 5 Fakta Yang Pelik Tetapi Benar

Sepanjang kita hidup, kemungkinan untuk kita terdengar fakta yang kita sangsi akan kebenarannya itu besar. Kami kongsikan lima fakta yang mungkin nampak seperti direka-reka tetapi sebenarnya benar:

1. Matahari terbenam di Marikh berwarna biru

Matahari terbenam di bumi berwarna jingga dan sedikit kemerah-merahan tetapi setiap planet mempunyai warna matahari terbenam yang berlainan!

Contohnya, penghuni Marikh pula dapat melihat matahari terbenam berwarna biru dalam kehidupan harian mereka.

Walaupun langit di planet Marikh berwarna merah, matahari terbenam di planet Marikh berwarna biru kerana cahaya dari matahari tersebar mengikut kandungan atmosfera planet tersebut.

Disebabkan cahaya dari matahari mempunyai panjang gelombang yang berbeza, molekul dan partikel debu hanya berinteraksi dengan gelombang yang khusus sahaja.

Atmosfera planet Marikh terdiri daripada debu dan karbon dioksida. Debu daripada atmosfera tersebut akan menyebarkan cahaya merah dari matahari menyebabkan langit kelihatan merah dan membenarkan cahaya biru terserlah.

Perkara yang sebaliknya berlaku di bumi di mana cahaya biru melontar dari molekul udara menjadikan langit di planet bumi berwarna biru. Menariknya, kita cuma boleh memerhatikan matahari terbenam dengan jelas di planet bumi dan Marikh sahaja.

2. Seorang pelancong wanita yang dilaporkan hilang pada tahun 2014 ditemui ketika dia terlibat dalam pencarian dirinya sendiri

Diri sendiri yang hilang dan kita terlibat dalam pencarian diri sendiri? Mengelirukan, bukan?

Ini berlaku di Iceland di mana pelancong wanita tersebut secara tidak disengajakan telah terlibat dalam pencarian dirinya sendiri yang telah dilaporkan hilang. Pelancong tersebut telah dilaporkan tidak pulang ke bas persiarannya.

Selama satu jam, pemandu bas tersebut telah menunggu wanita tersebut sebelum memfailkan laporan orang hilang kepada pihak polis.

Setelah disiasat, penumpang tersebut telah berada di dalam bas tersebut daripada mula lagi tetapi dia telah mengubah pakaiannya menyebabkan penumpang yang lain dan pemandu bas tersebut tidak mengecamnya.

Sveinn Runarsson, ketua polis yang terlibat dalam penyelamatan itu menambah bahawa, “Penumpang dalam bas tersebut tidak dikira dengan betul.”

3. Burung bangau bengkokkan kaki mereka di buku lali mereka, bukannya lutut

Menariknya, walaupun kelihatan seperti burung bangau membengkokkan lutut mereka apabila mereka berjalan, tetapi burung bangau sebenarnya jalan berjengket. Disebabkan itu, burung bangau membengkokkan buku lali mereka, bukannya lutut mereka.

4. Roller coaster diciptakan untuk memesongkan warganera Amerika daripada melakukan dosa


Pada tahun 1880-an, LaMarcus Thompson, seorang ahli perniagaan, bencikan hakikat bahawa warganegara Amerika pada masa itu amat tertarik dengan tempat hedonistik seperti rumah pelacuran.

Menjadikan itu sebagai inspirasi, Thompson telah merancang untuk membetulkan salah satu tempat yang paling tidak bermoral dalam pandangannya iaitu Pulau Coney, New York. Di situ, Thompson telah membina roller coaster yang pertama di Amerika.

Walaupun begitu, bila kita fikirkan tentang roller coaster pada zaman sekarang, cuma carutan dan keluhan yang keluar daripada fikiran dan mulut kita. Roller coaster memesongkan kita daripada melakukan dosa ialah sesuatu yang tidak dapat kita terima kebenarannya.

5. Empire State Building di New York mempunyai poskod yang tersendiri

Poskod bagi Empire State Building yang terletak di New York ialah 10118.

Bangunan ini terletak dalam sempadan geografi poskod 10001 yang terletak di Manhattan, merangkumi tanah yang terletak di bahagian timur 5th Avenue sehingga antara Jalan 25 dan Jalan 35. Namun begitu, semenjak tahun 1980, bangunan Empire State Building mempunyai poskod yang tersendiri.

Kesimpulannya, walaupun terdapat fakta yang menjangkaui akal kita, fakta-fakta tersebut telah disahihkan kebenarannya.

Artikel Lain Untuk Di Baca