Mata Anda Sakit Kerana Berada Di Hadapan Laptop, Ketahui 4 Cara Penjagaan Mata

Dalam dunia yang serba moden ini, penggunakan laptop atau komputer sangatlah diperlukan. Namun tahukah anda apabila menggunakan laptop seharian dalam tempoh yang lama, kecenderungan mata untuk lebih cepat rosak adalah tinggi. Namun jika mata anda rosak dan sudah berada pada tahap buta, sudah pasti hilang kenikmatan dalam meneruskan kehidupan bukan?

Sebagai manusia, anda juga harus fikir soal kesihatan mata anda walaupun ada keperluan untuk berhadapan dengan laptop atau komputer. Selain itu, soal rawatan dan kos perbelanjaan juga perlu diambil kira sekiranya berlaku kerosakkan kepada mata. Namun begitu, jika anda seorang yang perlu menggunakan laptop dalam tempoh yang lama untuk kerja seharian, ketahuilah cara-cara untuk menjaga mata dengan baik.

Berikut adalah 4 cara penjagaan mata ketika berhadapan dengan laptop atau skrin komputer:

1. Guna pencahayaan yang sesuai

Apabila anda terus berada di hadapan laptop, mata anda akan berasa letih dengan pancaran cahaya skrin dan ditambah dengan cahaya lampu dalam bilik. Namun, anda tidak boleh terus menutup lampu atau berada dalam keadaan gelap kerana halini juga adalah punca yang boleh merosakkan mata. Jadi, anda perlu untuk membuka sedikit lampu.

2. Kurangkan silau

Kebanyakan orang yang berkerja dengan menggunakan laptop, mata mereka letih disebabkan silau yang datang dari cahaya yang diterbalikkan dari permukaan dinding, atau skrin laptop. Jadi, anda perlu elak menggunakan bilik yang terang warnanya seperti warna putih. Jika anda seorang yang memakai cermin mata, pastikan cermin mata anda mempunyai Anti-Reflection Coating (Multicoating) bagi meminimumkan kesan silau pada mata.

3. Kelipkan mata dengan kerap

Jika anda jenis yang suka menghadap laptop lama-lama, cuba kelipkan mata secara perlahan-lahan setiap 20 minit. Kelip mata bermaksud anda perlu buat berulang-ulang dan jika, sudah berasa baik teruskan kerja. Hal ini untuk mengelakkan mata anda dari terus kering.

4. Rehatkan pandangan


Cara seperti ini adalah sangat mudah kerana anda hanya perlu melihat objek yang berada di sekitar atau melihat pemandangan di langit selama 20 minit. Latihan ini penting supaya otot-otot di mata tidak kejang selepas berada di hadapan laptop telalu lama.

Oleh itu, anda harus menjaga mata dengan sebaik mungkin, seperti dikatakan tadi mata adalah aset yang paling susah untuk dijaga, jika rosak kehidupan sudah pasti menjadi tidak seronok seperti sedia kala dan akan memberi kesan atas segala-galanya. Jadi, hargai dan sayangi  mata anda!

Sumber: Lobak Merah

Artikel Lain Untuk Di Baca