Masuk Penjara Halang Polis Iring VIP Dan Pandu Secara Bahaya

Jumaat lalu, seorang individu memandu secara melulu sehingga menghalang tugas polis mengiring di Lebuhraya Sultan Iskandar.

Individu telah dikenakan denda sebanyak RM10,000 dan dpenjarakan selama 12 hari dari dua Mahkamah Mejistret pada 10 May 2022.

Mejistret Aina Azahra Arifin menjatuhkan hukuman pada pesalah, Erdy Errwan Hamdan berumur 36 tahun, masuk penjara selama tujuh hari dan denda sebanyak RM3,000 selepas mengaku kesalahan menghalang Lans Koperal Mohd Azwar Iqbal Chinang mengiring Yang Dipertua Negeri Sarawak di Lebuh Raya Sultan Iskandar, pada 11.30 malam, 6 Mei lepas.

Mejistret Amanina Mohamad Anuar pula denda pesalah sebanyak RM7,000 dan lima hari dalam penjara selepas mengaku kesalahan memandu secara bahaya pada tarikh dan tempat yang sama lebih kurang jam 10 malam.

Tambahan pula, lesen memandu pesalah sudah tamat tempoh tidak lebih dari lima tahun.

Secara ringkas, kejadian ini bermula ketika konvoi sedang berjalan sepanjang laluan Lebuhraya Sultan Iskandar ke Jalan Tunku Abdul Halim, sebuah kereta Honda Civic tiba-tiba pandu secara melulu ke lorong kiri menghalang konvoi sehingga tergesel kereta lain.

Mengikut rakaman kamera, Honda Civic itu memecut dan memotong konvoi menggunakan laluan kecemesan sambil tidak menghiraukan polis yang sedang memberi isyarat padanya untuk keluar dari laluan tersebut.

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca