Mask Ini Bukan Saja Melindungi Anda Dari Virus Malah Boleh Dimakan!

Jepun telah mencipta sejenis pelitup muka tiga dimensi yang boleh dimakan pertama di dunia.

Pelitup muka ini diberi nama sebagai Mask Pan. Mask merujuk kepada pelitup muka manakala Pan pula bermaksud roti dalam bahasa Jepun. 

Bentuk pelitup muka ini pula diambil dari roti melon. Apa yang mengejutkan adalah ia sememangnya diperbuat daripada roti melon sebenar!

Adalah menjadi satu norma baru bagi kita semua untuk keluar rumah dengan memakai pelitup muka setelah dilanda pandemik COVID-19.

Malah, terdapat pelbagai jenis pelitup muka di pasaran yang datang dalam pelbagai corak dan warna serta mempunyai ciri-ciri estetik. 

Lain pula bagi tiga pelajar Jepun yang berasal dari Fukuoka dan Okinawa kerana mereka impikan untuk sentiasa mencium aroma roti melon ini.

Oleh sebab itu, mereka mencipta Mask Pan ini dengan bantuan makmal ujikaji Goku no Kimochi The Labo.

Pelitup muka ini bukan sahaja mendapat gelaran pelitup muka ‘pertama di dunia’ yang boleh dimakan, malah ia juga telah diuji secara klinikal.

Prestasi produk ini telah diuji oleh Unitika Garmentec Research Institute iaitu sebuah insitusi yang melakukan ujian untuk pelitup muka.

Melalui ujian tersebut, mereka mendakwa Mask Pan ini mampu memberi perlindungan setara dengan pelitup muka biasa.

Berikut adalah ‘Ujian visualisasi prestasi pencegahan percikan’ yang dilakukan oleh institusi berkenaan yang dilaporkan oleh PRTIMES.

Tanpa Pelitup Muka

Pelitup Muka Biasa

Mask Pan

Pelitup muka yang boleh dimakan ini akan mula dijual di Jepun secara atas talian pada 10 Jun hari ini dengan harga 1,800 yen (RM67).

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Artikel Lain Untuk Di Baca