Masjid Zahir Di Kedah Tersenarai, Ini 5 Masjid Paling Cantik Di Dunia

Masjid merupakan tempat beribadat bagi orang islam seperti solat dan iktikaf. Masjid juga merupakan pusat kebudayaan, muamalat dan perkembangan islamiah serta pusat aktiviti umat islam. Masjid tidak mempunyai reka bentuk yang tetap tetapi bergantung kepada budaya masyarakat islam setempat.

Berikut kami kongsikan lima masjid paling cantik di dunia:

1. Masjidil Haram, Mekah, Arab Saudi

Masjidil Haram merupakan masjid terbesar di dunia. Masjid ini boleh memuatkan empat juta jemaah dalam satu masa. Di sini juga terletaknya Kaabah dan merupakan tempat paling suci bagi umat islam.

2. Masjid Sheikh Lotfollah, Iran

Masjid ini terletak di Isfahan. Masjid ini dibina pada kurun ke-17 semasa pemerintahan Shah Abbas I. Rekaan berunsurkan seni bina Safavid Iran ini tidak mempunyai laman atau menara tinggi seperti masjid yang lain.

3. Masjid Nabawi, Madinah, Arab Saudi

Masjid ini merupakan tempat bersemadinya Rasulullah iaitu di bawah kubah berwarna hijau dan juga menempatkan makam bagi sahabat-sahabat Nabi iaitu Saidina Abu Bakar as-Siddiq dan Umar al-Khattab. Masjid Nabawi ini merupakan masjid kedua terbesar yang mampu menampung lebih daripada setengah juta jemaah.

4. Masjid Zahir, Kedah, Malaysia

Masjid ini terletak di tengah-tengah bandar Alor Star, Kedah dan dibina pada tahun 1912. Masjid ini merupakan salah satu masjid tertua di Malaysia. Ia juga merupakan masjid Diraja dan terletak di perkarangan Istana Pelamin.

5. Masjid Sultan Omar Ali Saifuddin, Brunei

Masjid ini merupakan masjid terhebat dengan lapisan emas murni di setiap kubahnya. Masjid yang dibangunkan pada tahun 1958 ini terletak di Kampung Ayer dan sentiasa menjadi lokasi tarikan pelancong.

Setiap masjid mempunyai reka bentuk yang tersendiri. Bagi umat islam, sentiasalah mengunjungi masjid bagi menunaikan ibadat yang dituntut dalam islam.

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca