Masih Terkejut Dan Tertekan, Ibu Suspek Akan Ziarah Keluarga Siti Nur Surya Untuk Minta Maaf

Walaupun ia pahit untuk ditelan, Mala (bukan nama sebenar) akur dengan ketetapan Allah SWT dan menyerahkan sepenuhnya kepada pihak berkuasa untuk menentukan masa depan anaknya.

Mala iaitu ibu kepada suspek yang dipercayai telah mengambil nyawa seorang remaja berusia 19 tahun iaitu Siti Nur Surya Ismail di rumahnya dekat Kampung Lubuk Batu di Hulu Terengganu pada Ahad lalu menyimpan hasrat sejak hari pertama kejadian lagi untuk menziarahi keluarga arwah.

“Sudah tentu saya teringin sangat untuk pergi bertemu sendiri dengan keluarga Allahyarham. Mereka orang baik. Ia juga menjadi tanggungjawab dan kewajipan saya untuk minta maaf atas segala yang berlaku.

Sumber: Facebook Haji Hanafiah Mat

Buat masa sekarang, urusan saya sekeluarga dengan pihak polis agak banyak. Saya turut akui berada dalam keadaan terkejut dan tertekan. Insya-Allah saya akan pergi ziarah keluarga Allahyarham Siti Nur Surya,” ujar Mala menerusi sebuah wawancara bersama Astro Awani.

Dalam pada itu, Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Perpaduan Nasional Terengganu iaitu Haji Hanafiah Mat turut berkesempatan menziarahi keluarga suspek dan mangsa dengan memuat naik sebuah hantaran di laman Facebook.

Sumber: Facebook Haji Hanafiah Mat
Sumber: Facebook Haji Hanafiah Mat

“Keluarga suspek juga terkejut dan sukar mempercayai kejadian yang berlaku ini. Walau bagaimanapun, mereka terpaksa menerima hakikat anak sulung mereka kini berada di dalam tahanan polis.

Mereka sekeluarga juga terpaksa berdepan dengan orang sekeliling dan sebagainya. Ia bukan satu perkara yang mudah untuk dihadapi. Atas sebab itu, mereka juga akan menerima khidmat kaunseling daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dalam masa terdekat,” jelasnya.

Siti Nur Surya dipercayai telah menghembuskan nafas terakhir di Kampung Lubuk Batu dekat Hulu Terengganu pada Ahad lalu. Mangsa ditemui dengan beberapa kesan tikaman yang dipercayai berpunca daripada senjata tajam di beberapa bahagian badan termasuk putus pergelangan tangan kiri.

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Artikel Lain Untuk Di Baca