Masih Mengenakan Bikini, Nenek Berusia 56 Tahun Ini Tampil Dengan Fesyen ‘Berani Mati’

Kuasa tular dan media sosial mampu membuatkan seseorang yang bukan siapa-siapa menjadi terkenal sehingga dikenali ramai dalam sekelip mata sahaja. Ia memang satu perkara yang tidak boleh dinafikan lagi. Kata orang, kalau mahu jadi terkenal dengan cara yang mudah, buat sahaja sesuatu yang boleh menarik perhatian warganet.

Baru-baru ini, seorang nenek berusia 56 tahun tular di media sosial kerana fesyennya yang ‘berani mati’.

Mungkin apabila anda melihat gambar Soonthorntanasatit Sopit yang berasal dari Thailand ini buat pertama kali, anda tidak akan menjangka bahawa dia merupakan seorang nenek yang sudah menjangkau usia separuh abad. Dia kelihatan begitu muda di samping keberaniannya dalam berfesyen seperti orang muda.

Pada masa yang sama, Sopit nampaknya suka dengan perhatian yang dia peroleh daripada warganet. Dia memperagakan pelbagai fesyen dan seterusnya memuat naik gambarnya di laman Instagram.

Malah, Sopit pernah mengejutkan para pengikutnya apabila dia bertindak memuat naik gambarnya yang cuma memakai bikini sahaja.

Rata-rata warganet memuji kecantikan dan keberanian dirinya dalam berfesyen. Berikut adalah antara komen yang ditinggalkan oleh mereka:

“Cantik! Melihat keberaniannya pada usia 56 tahun membuatkan saya terfikir, adakah saya mampu kelihatan begitu nanti?”

“Apa agaknya rahsia dia kelihatan masih cantik pada usianya sekarang?”

Langsung tidak kedekut untuk berkongsi rahsia kecantikannya, Sopit baru-baru ini dalam satu temu bual bersama majalah di Thailand memberitahu bahawa dia tidak mengamalkan apa-apa amalan lain selain menjaga rutin penjagaan wajahnya.

Dia juga menjelaskan bahawa dia kerap melakukan rawatan spa untuk wajahnya. Ini bagi memastikan kulitnya sentiasa kelihatan cantik dan melambatkan proses penuaan.

“Selain penjagaan wajah, saya juga menitikberatkan soal pemakanan dalam diet saya. Ini penting kerana ia bukan sahaja dapat mengekalkan bentuk tubuh tetapi menjaga kesihatan,” ujarnya.

Artikel Lain Untuk Di Baca