Anda seorang graduan tetapi masih belum lagi ditawarkan sebarang pekerjaan lagi? Ataupun anda belum lagi menemukan sebarang tawaran pekerjaan yang berkaitan dengan skop jurusan anda? Jika ya, ini peluang anda untuk anda mencuba!
Ekuinas (Ekuiti Nasional Berhad), sebuah syarikat ekuiti swasta di bawah kerajaan Malaysia telah mewujudkan satu program CSR yang diberi nama Iltizam. Tujuan utama Iltizam adalah untuk memperkasakan dan memberi kesedaran kepada masyarakat Bumiputera dengan cara mapan tentang kepentingan tiga fokus utama – Keusahawanan, Pendidikan, Komuniti.
Di bawah program Iltizam, Ekuinas menyediakan satu Professional Development Programme (PDP). PDP adalah program satu tahun yang memberi peluang kepada para graduan di Malaysia untuk merasai suasana di tempat kerja dengan latihan ‘on-the-job’.
Dengan menyertai PDP, para graduan diberi peluang untuk membangunkan dan mempelajari kemahiran profesional daripada syarikat-syarikat portfolio dan rakan kongsi Ekuinas. Kemahiran ini dapat membantu para graduan dalam meningkatkan mutu kebolehpasaran mereka di dalam bidang pekerjaan. Bukan itu sahaja, para graduan juga akan di latih untuk membina kemahiran insaniah mereka yang pastinya akan memberi banyak manfaat kepada mereka kelak.
Kriteria yang diperlukan untuk melayakkan anda menyertai program Iltizam:
- CGPA minima 3.0. Terbuka kepada semua graduan dari IPTA/IPTS daripada pelbagai bidang
- Pendapatan isi rumah tidak melebihi RM 5000
- Mempunyai kemahiran komunikasi yang sangat baik
Manfaat yang bakal para pelatih perolehi:
- Gaji bulanan yang kompetitif (RM 2500)
- Manfaat perubatan
- KWSP & Socso
- Perlindungan insuran
- Cuti tahunan
Berminat? Tunggu apa lagi. Hantarkan permohonan anda berserta gambar berukuran pasport, transkrip akademik terkini dan resume anda ke https://iltizam.ekuinas.com.my/pdp. Permohonan kini dibuka dari 1 Ogos 2018 hingga 15 September 2018.
Semoga Berjaya!
Sumber: Ekuinas