Raya bakal menjelma tidak lama lagi. Sebut sahaja pasal raya, mesti semua sudah memikirkan soal cuti. Mana tidaknya, mereka yang berada di perantauan mesti sudah lama tidak pulang ke kampung. Walau bagaimanapun, masih ramai yang keliru tentang tarikh cuti persekolahan dan Hari Raya Aidilfitri tahun ini.

Bagi negeri Johor, Kedah, Kelantan dan Terengganu di bawah Kumpulan A, cuti sekolah pertengahan tahun bermula pada 24 Mei 2019 hingga 8 Jun 2019.

Bagi negeri-negeri lain (Kumpulan B) pula, cuti sekolah jatuh pada 25 Mei 2019 sehingga 9 Jun 2019.

Pada masa yang sama, Kementerian Pendidikan turut memperuntukkan Cuti Perayaan 1 hari pada 9 Jun 2019 untuk Kumpulan A dan 10 Jun 2019 untuk Kumpulan B.

Berdasarkan takwim yang dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia, cuti sekolah yang melibatkan perayaan telah diselaraskan dan ia tidak perlu diganti.

Dengan ini, ia akan memudahkan ibu bapa membuat perancangan percutian dan perjalanan balik kampung.

Hari Raya Aidilfitri dijangka disambut pada 5 Jun 2019.

Ikuti Kami Di Ruang Internet Anda