Masih Jadi Tanda Tanya, Ini Misteri Kellie’s Castle Yang Belum Dirungkai

Untuk penggemar kisah mistik, Istana Kellie merupakan salah satu tempat berhantu yang wajib berada dalam bucket list mereka.

Sekiranya kami pernah kongsikan kisah di sebalik pembinaan Istana Kellie sebelum ini, kami kongsikan pula misteri di sebalik rumah agam ini yang masih menjadi tanda tanya sehingga hari ini.

Rupa-rupanya, apa yang kita kenali sebagai Istana Kellie yang tersergam gah di atas bukit dan dikelilingi anak sungai pada hari ini dibina kerana William terlampau gembira dengan kelahiran anak keduanya, Anthony.

Image
Sumber: Twitter

Pada mulanya, pembinaan rumah agam itu tergendala kerana wabak selesema Sepanyol telah meragut nyawa pekerja-pekerja kontrak beliau pada awal tahun 1920.

Mengikut perancangan William, beliau mahu membina tapak tenis dalam bangunan. Selain itu, kawasan atas bumbung pula dikhaskan untuk upacara keraian bersama usahawan atau orang kenamaan.

Namun, impian William umpama mainan tidur kerana kisah pembinaan rumah agam ini menemui tanda noktah apabila meletusnya Perang Dunia Pertama.

Dalam pada itu, keunikan Istana Kellie terletak pada penggunaan campuran putih telur itik, pasir, kapur, gula merah dan madu sebagai alternatif kepada simen rumah agam tersebut.

Selain itu, bahan binaan lain yang digunakan sepanjang pembinaan Istana Kellie ialah batu marmar dari India, jubin dari Itali, batu bata jenis aprikot dan kayu cengal.

Apa yang membuatkannya lebih menarik adalah paku, besi atau jentera berat sama sekali tidak digunakan sepanjang pembinaan istana tersebut. Menarik, bukan?

Selepas pemergian William pada tahun 1926, Agnes pun pulang ke Scotland bersama anak-anaknya dan seterusnya menjual Istana Kellie kepada syarikat British, Harrisons and Crossfield.

grayscale photo of person standing inside building

Untuk menambahkan misteri Istana Kellie, penduduk tempatan percaya bahawa rumah itu sebenarnya dihantui oleh keluarga Smith.

Salah satu kisah yang menjadi bualan ramai tentang rumah agam ini adalah lembaga menyerupai William pernah kelihatan di koridor tingkat dua pada waktu malam!

Selain itu, ada juga membuat dakwaan pernah terlihat lembaga menyerupai Helen yang mempunyai rambut keriting dan memakai blaus berwarna putih di bilik tidur lama beliau.

Image
Sumber: Twitter

Sebagai rekod, Istana Kellie mencatat sejarah sebagai bangunan pertama yang mempunyai lif di Tanah Melayu.

Apa yang membuatkan sebuah tempat berhantu itu menjadi bualan ramai adalah kisah anekdot mengenai benda-benda pelik yang dialami oleh para pengunjung sepanjang berada di sana.

Pada pendapat anda, bolehkah misteri di sebalik Istana Kellie berjaya dirungkai oleh manusia suatu hari nanti?

Penulis

  • Nur Akhtasha Ismail adalah pelajar Fakulti Filem, Teater dan Animasi.
  • Dr. Mohd Syuhaidi Abu Bakar adalah Timbalan Dekan Penyelidikan dan Jalinan Industri, Fakulti Filem, Teater dan Animasi.

Untuk membaca lebih banyak artikel mengenai tempat mistik di Malaysia, anda boleh klik pautan di bawah:

Artikel Lain Untuk Di Baca