Masih Jadi Tanda Tanya, Ini 3 Kejadian Misteri Yang Belum Dirungkai

*Gambar di atas hanya sekadar hiasan. Sumber: Sporcle

Menurut kajian, 95 peratus daripada hidupan laut masih belum dapat dilihat oleh mata manusia. Namun, apa yang lebih menakutkan ialah para saintis sendiri tidak dapat membuat kajian secara terperinci tentang kejadian berkenaan sehingga ia menjadi persoalan kepada orang ramai.

Kami kongsikan tiga kejadian misteri yang mencetuskan tanda tanya dalam kalangan para saintis menerusi artikel ini:

1. Milky Sea

Sumber: Medium

Anda boleh lihat permukaan air biru yang bercahaya pada waktu malam. Kilauan biru berlarutan selama tiga malam berturut-turut dekat kawasan barat Lautan Hindi ini dipercayai berlaku kerana bakteria bioluminescent vibrio harveyi yang boleh dilihat di satelit.

Walaupun begitu, punca di sebalik fenomena berkenaan dan apa yang membuatkan bakteria boleh membiak sebesar dan sebanyak itu masih menjadi tanda tanya sehingga sekarang.

2. Segi Tiga Bermuda

Terletak di antara Bermuda, Florida dan Puerto Rico, ia mula menjadi bualan ramai selepas dipercayai telah ‘makan’ banyak kapal di laut dan udara.

Kapal kargo USS Cyclops yang mempunyai lebih daripada 300 orang penumpang dilaporkan hilang begitu sahaja di sini. Selain itu, pesawat enjin kecil berkembar tiba-tiba hilang dari radar. Terdapat 50 kapal dan 20 kapal terbang yang hilang di kawasan Segi Tiga Bermuda tanpa meninggalkan apa-apa jejak. 

3. The Bloop

Satu bunyi misteri dikenali sebagai The Bloop dirakam di kawasan selatan Lautan Pasifik pada tahun 1997.

Bunyi tersebut sangat kuat dan unik sehingga ramai orang percaya bahawa ada satu makhluk bersembunyi dekat dasar laut. Pada mulanya, bunyi itu dipercayai berpunca daripada icequake di mana ais berlanggar dengan glasier (ais batu).

Para saintis bagaimanapun menyangkal dakwaan berkenaan dengan mengesahkan bahawa teori berkenaan tidak kukuh. Identiti pemilik bunyi itu masih tidak diketahui sehingga ke hari ini.

Pada pendapat anda, adakah kejadian misteri ini boleh dirungkai pada masa hadapan?

Penulis:

  • Nurazreena Izhar adalah pelajar Fakulti Filem, Teater dan Animasi (FiTA) UiTM.
  • Prof Madya Dr. Mohd Syuhaidi Abu Bakar adalah Pensyarah Kanan dan Timbalan Dekan Penyelidikan dan Jaringan Industri (FiTA) UiTM.

Untuk baca artikel-artikel berkaitan kejadian misteri, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca