Masih Jadi Tanda Tanya, Ahli Sihir Ini Sebenarnya Wujud Atau Mitos?

Kewujudan makhluk mitos seperti ahli sihir dan doppelgänger masih menjadi tanda tanya sehingga ke hari ini.

Ahli sihir ini dikenali sebagai seorang yang jahat dan mempunyai hidung yang besar serta tajam.

Tidak berhenti di situ, ahli sihir turut disifatkan sebagai seorang wanita yang menaiki penyapu terbang di udara dan memakai topi runcing.

brown broom on brown fire logs

Sekiranya kami pernah kongsikan tentang konsep doppelgänger sebelum ini, kami kongsikan pula kisah mengenai ahli sihir menerusi artikel ini.

Sebagai rekod, ahli sihir ialah seorang manusia yang boleh menggunakan kuasa ghaib dan ini mungkin mengambil banyak bentuk kerana ia bergantung pada konteks budaya.

Untuk pengetahuan anda, ahli sihir merupakan seorang pengamal ilmu ghaib dan turut memanggil roh untuk meminta bantuan ataupun membawa perubahan.

Sebagai contoh, salah satu catatan paling awal tentang makhluk mitos ini boleh ditemui dalam kitab Bible Ibrani buku 1 Samuel.

Dalam kitab tersebut, Raja Saul menghubungi roh Samuel dengan bantuan ahli sihir Endor bagi mendapatkan nasihat dalam mengalahkan tentera Filistin.

Selain itu, ahli sihir dikatakan sudah wujud daripada awal kemunculan manusia lagi.

Satu lagi fakta menarik tentang makhluk ajaib ini adalah mereka sebenarnya membantu perkembangan perubatan, sains dan pertanian zaman purba kerana mereka tahu kitaran musim. Menarik, bukan?

Namun, apa yang lebih menarik ialah mereka difahamkan turut mengetahui gerakan beberapa objek di angkasa pada suatu masa!

pumpkin between lighted candles

Sementara itu, ahli sihir menggunakan idea dan kepercayaan baharu selepas zaman kegelapan berakhir tetapi tidak lupa untuk mengekalkan adatnya dalam agama Paganisme moden.

Apa-apa pun, ahli sihir mula dianggap jahat selepas kehilangan dewa-dewa agama Paganisme.

Penulis

  • Norain Fitriah Mohd Ariffin adalah pelajar Fakulti Filem, Teater dan Animasi (FiTA) UiTM.
  • Dr. Mohd Syuhaidi Abu Bakar adalah Timbalan Dekan Penyelidikan dan Jalinan Industri (FiTA) UiTM.

Untuk membaca lebih banyak artikel berkaitan ahli sihir, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Artikel Lain Untuk Di Baca