Masih Elok Meskipun Selepas Seminggu, Ini Tips Simpan Tauhu Agar Tahan Lama

Pasti ramai pembaca di sini yang suka makan tauhu. Mana tidaknya, ia merupakan satu bahan yang sangat versatil dan boleh dimasak dengan apa cara sekalipun. Masak bersama dengan sayur, mi goreng, sup atau tauhu sumbat yang kini menjadi kegemaran ramai.

Dalam pada enaknya tauhu ini, jika anda perasan, ia tidak tahan begitu lama apabila disimpan dan perlu dimasak dengan segera. Kadang-kadang, jikalau kita terlupa untuk masak tauhu yang dibeli sehingga dua ke tiga hari, ia boleh rosak dan berkulat. Sebenarnya, ada cara untuk simpan tauhu agar ia tahan lebih lama.

Berikut adalah cara-caranya:

Sumber: Facebook Teratak Hijab Labuh

1. Rebus tauhu terlebih dahulu

Sumber: Facebook Teratak Hijab Labuh

2. Apabila sudah siap rebus, angkat, toskan dan biarkan ia sejuk terlebih dahulu

Sumber: Facebook Teratak Hijab Labuh

3. Kemudian, simpan tauhu yang sudah direbus tadi di dalam peti sejuk seperti biasa tanpa perlu direndam dengan air

Dengan cara penyimpanan di atas, tauhu tetap akan elok meskipun selepas seminggu. Jadi, penggemar tauhu sekalian bolehlah cuba petua simpan tauhu yang kami kongsikan ini.

Semoga perkongsian ini bermanfaat buat semua.

Sebelum ini, kami ada kongsikan tips untuk simpan barang basah agar ia kekal segar walaupun selepas tiga minggu. Untuk baca artikel penuh dan artikel-artikel lain yang berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Artikel Lain Untuk Di Baca