Masih Menjadi Bualan Ramai Selepas 28 Tahun, Lagu Wawasan 2020 Jadi Tular

Sekiranya anda membesar pada tahun 90-an dan awal tahun 2000-an, pasti lagu-lagu nyanyian kumpulan KRU yang dianggotai tiga beradik iaitu Norman, Yusry dan Edry ini bukanlah sesuatu yang asing buat anda.

Salah seorang anggota kumpulan berkenaan iaitu Datuk Norman Abdul Halim tidak menyangka bahawa lagu yang dimuatkan dalam album sulung mereka bertajuk Wawasan 2020 menjadi bualan ramai.

Penggunaan perkataan bersatu dalam lirik lagu berkenaan mencuri perhatian warganet sehingga ada yang menganggap kumpulan pujaan ramai itu mampu meramal masa hadapan.

Norman memberitahu BH Online, “Semuanya adalah kebetulan sahaja. Kami mencipta lagu berkenaan atas dasar suka-suka. Ketika itu, Malaysia sedang menuju negara maju. Tiada elemen politik ketika lagu berkenaan dihasilkan.”

Norman berkata bahawa lagu berkenaan pernah digam RTM kerana menggunakan bahasa Inggeris untuk angka 2020.

Walau bagaimanapun, Norman akui bahawa lagu itu disiarkan secara meluas selepas mereka menukar lagu berkenaan kepada Bahasa Melayu.

Dalam pada itu, Norman berkata bahawa pihaknya mendapat banyak permintaan daripada peminat yang mahu mendengar KRU membuat rakaman semula lagu Wawasan 2020 untuk tahun baharu.

Jelasnya, “Edry ada mencadangkan dirakam versi baharu. Peminat juga menyuarakannya. Tetapi saya tidak bersetuju bagi mengelak timbulnya pertikaian dalam kalangan warganet.”

Anda boleh tonton video tersebut di bawah:

Sekiranya anda berminat untuk membaca dengan lebih lanjut mengenai artis tempatan, anda boleh klik pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca