Melalui satu perkongsian di Instagram story akaun milik Hana iaitu bekas isteri kepada Pencetus Ummah (PU) Abu Sufyan, beliau mendedahkan bahawa hubungannya dengan bekas suami pertama masih baik.
Bekas suami yang tidak didedahkan identiti itu dikatakan masih datang melawat ke rumah bersama teman wanita untuk membawa anak mereka iaitu Aisyah keluar berjalan-jalan.
Nurhannah Azra Mohd Zakir itu turut berkongsi bahawa beliau masih mempunyai hubungan yang baik dengan ibu bapa dan keluarga bekas suaminya itu.
“Ia bukan mudahkan, bukan hari ini bercerai esok terus okay. Tidak.
Alhamdullilah, sudah lebih 3 tahun kami berjaya kekalkan hubungan yang baik dan masih berkawan baik,” kongsinya di Instagram setelah ditanya oleh pengikutnya.

Hana juga berpesan untuk sentiasa belajar memaafkan dan buang ego.
“Kalau ikut hati nak membenci tu tak akan buat hidup kita bahagia pun. Buang ego.
Belajar memaafkan. Lepaskan semuanya. Terima takdir Allah SWT sebab bila kita buat semua itu hati akan lapang.
Apa yang saya buat dengan kedua-dua bekas suami adalah jaga hubungan. Bukan untuk kami, tapi untuk anak-anak. Mereka tak berdosa dan tak bersalah,” ujarnya.
Hana juga merasakan beliau tidak boleh pentingkan diri kerana ia akan beri kesan yang buruk.
“Walaupun terpaksa jadi monster hari-hari tak apalah asalkan anak depan mata. Betul tak?
Anak-anak saya layak dapat kehidupan yang lebih baik. Insya Allah, doakan mereka,” tambah beliau.

Hana dan PU Abu mendirikan rumah tangga pada Mei tahun lepas dan mereka dikurniakan anak lelaki bernama Muhammad Uwais Al-Mateen pada 1 Februari yang lalu.
Manakala, hasil perkahwinan beliau dengan bekas suami pertama pula seorang anak perempuan bernama Afifah Aisyah yang kini berusia empat tahun.
Pada 4 April yang lalu, Hana telah mendedahkan dirinya dan pendakwah bebas itu bukan lagi pasangan suami isteri.
Untuk membaca artikel lain berkaitan selebriti Malaysia, anda boleh klik pada pautan di bawah: