Masih Beri Ruang Kepada Bekas Suami, Segelintir Warganet Label Bella Astillah Sebagai Wanita Bodoh

Gara-gara masih memberi ruang dan berhubung dengan bekas suami, penyanyi dan pelakon, Bella Astillah tidak semena-mena dilabel bodoh oleh segelintir warganet.

Satu video yang memaparkan Bella menyanyi secara langsung (live) di Instagram di mana ia turut disertai Aliff Aziz telah tular di laman Twitter. Mereka mendendangkan lagu nyanyian asal Ariana Grande dan Nathan Sykes iaitu Almost Is Never Enough.

https://twitter.com/EBatrishiaa/status/1175673989026304002

Gelagat mesra kedua-kedua figura berkenaan dapat dilihat menerusi video itu.

Perkongsian video itu ternyata berjaya mencuri perhatian warganet apabila ia mendapat hampir 7,000 ulang kicau dan 9,000 tanda suka.

Tinjauan kami ke ruangan Replies mendapati rata-rata pengguna laman sosial itu mengecam tindakan Bella yang seolah-olah tidak serik.

“Bella is a dumbass (Bella seorang yang bodoh),” getus seorang pengguna Twitter.

Seorang lagi pengguna Twitter lain memerli Bella dengan mencoret, “Tolonglah heret minat ini (Bella) pergi Darul Syifa. Apa yang liat sangat ini?”

Someone please teach them how to use Facetime or video call (Tolong ajar mereka untuk Facetime atau buat panggilan video,” coret pengguna laman itu.

Pun begitu, tidak kurang juga ada dalam kalangan warganet yang mendoakan agar hubungan Bella yang kini popular menerusi drama Cinta Belum Tamat Tempoh dan penyanyi kelahiran Singapura itu kembali terjalin.

Dalam pada itu, Aliff turut memuat naik beberapa tweet yang dipercayai ada kena-mengena dengan video yang tular itu.

Untuk rekod, Aliff dan Bella yang berusia 25 tahun itu sah bercerai dengan talak satu pada 16 Mei lalu di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan di Kuala Lumpur selepas beberapa episod kecurangan berlaku.

Mereka mendirikan rumah tangga pada 9 September 2016 dan dikurniakan seorang anak iaitu Mohamad Ayden Adrean yang kini berusia dua tahun.

Apa-apa pun, kami doakan yang terbaik buat Aliff dan Bella.

Artikel Lain Untuk Di Baca